205) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan Rumah Selangorku di DUN Teratai dalam tahun 2016-2018?
205) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang haram yang telah dan belum diputihkan daripada tahun 2008 hingga 2013 mengikut PBT?
-
Berapakah kilang haram baru yang dikesan daripada tahun 2008 hingga 2013 mengikut PBT?
205) Penjaja Tanpa Lesen Di N39 Kota Damansara
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penjaja tanpa lesen di kawasan MBPJ (Zon3, Zon 4) dan MBSA (U3,U4,U5,U6) secara terperinci (lokasi, jumlah jenis perniagaan)?
-
Apakah rancangan (jika ada) oleh Kerajaan untuk memberikan mereka lesen pernigaan?
-
Jika tiada, bagaimana Kerajaan mengawal operasi mereka?
205) TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di negeri Selangor.
-
Adakah kerajaan merancang untuk membina taman asuhan kanak-kanak di pejabat agensi kerajaan?
205) BANJIR KILAT DUN GOMBAK SETIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan yang masih belum diatasi masalah banjir di DUN Gombak Setia?
-
Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
205) ANJING LIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
PBT membuat tangkapan dan kemanakah haiwan-haiwan ini dibawa dan apakah langkah seterusnya?
-
Apakah rancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini?
-
Di daerah manakah masalah anjing liar ini paling menular?
205) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang
-
Berapakah kos yang sudah dibelanjakan untuk projek ini?
-
Nyatakan dari mana sumber kewangan digunakan untuk membiayai projek ini dan apakah komitmen kewangan di pihak Kerajaan Negeri
205) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat sebarang kajian untuk mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Selangor? Jika ada nyatakan.
-
Berapakah jumlah kos selenggara Bas Smart Selangor mengikut PBT tahun ini?
205) SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR S/B (SYABAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan syarikat SYABAS dipilih sebagai konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula kontrak perjanjian bekalan air dengan syarikat SYABAS kerana isi kandungannya ternyata menyebelahi pihak syarikat dan merugikan pihak Kerajaan Negeri ?
-
Sila nyatakan apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa semasa perjanjian tersebut dimeterai ?
205) PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan skim / insentif yang menggalakkan industri pertanian moden
-
Sila kemukakan senarai lokasi yang menjalankan industri pertanian moden Selangor
-
Sila kemukakan maklumat tanah pertanian telah ditukar kepada tanah kegunaan lain dalam tempoh 2008 hingga 2014
