204) PROGRAM AKADEMIK YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Berikan secara terperinci program akademik yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor dari 2008 hingga 2013?
-
Nyatakan peruntukan tahunan bagi melaksanakan program akademik Yayasan Selangor?
-
Senaraikan bilangan pelajar yang telah ditaja oleh Yayasan Selangor dari 2008 hingga 2013?
204) PENJUALAN HARTANAH SECARA PUKAL DI TAMAN MELAWATI JAYA, KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Usul No. 14 Tahun 2010 berkenaan ÓPenjualan Hartanah Secara Pukal di Taman Melawati JayaÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?
-
Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SAP Holdings Bhd bagi membolehkan potongan harga jualan sebanyak 50.90% dilakukan?
-
Apakah kaedah perakaunan yang digunakan oleh SAP Holdings Bhd untuk merekodkan kehilangan hasil jualan sebanyak RM617,000 daripada syarikat?
204) PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan Agama Islam melalui pembangunan sekolah agama rakyat di negeri ini?
-
Senaraikan sekolah agama rakyat dan madrasah atau tahfiz yang berdaftar di bawah DUN Bukit Melawati.
204) PENGURUSAN SISA PEJAL DOMESTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan terhadap pengurusan sisa pejal domestik?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pengurusan dan pemuliharaan tapak pelupusan sisa pejal terbuka(open dumping site) yang merupakan punca pencemaran yang serius?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah pembuangan sisa pejal dan sisa pukal di tempat-tempat terbuka?
204) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi, program dan langkah-langkah yang pasti dapat menjamin kadar tarif yang munasabah?
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau kos operasi Syarikat SPV yang bakal diwujudkan demi menjamin kos operasi yang tidak membebankan?
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memastikan tiada Òtransfer pricingÓ?
204) JENAYAH GURU TERHADAP MURID, CABUL KEHORMATAN/ROGOl DLL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kah kes-kes yang melibatkan salah laku guru/jenayah di negeri Selangor?
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan jenayah ini tidak akan berlaku di sekolah seterusnya mengurangkan kebimbangan penjaga terhadap keselamatan anak-anak di dalam kawasan sekolah?
205) SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR S/B (SYABAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan syarikat SYABAS dipilih sebagai konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula kontrak perjanjian bekalan air dengan syarikat SYABAS kerana isi kandungannya ternyata menyebelahi pihak syarikat dan merugikan pihak Kerajaan Negeri ?
-
Sila nyatakan apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa semasa perjanjian tersebut dimeterai ?
205) ANGGARAN CUKAI TANAH 2011
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi kutipan hasil tanah sehingga Jun 2011?
-
Jika kutipan tidak menepati anggaran, berapa banyak dan berapa peratuskah kekurangan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan kutipan agar menepati anggaran yang ditetapkan?
205) PELABURAN ASING (MENGENALPASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut Negara di negeri Selangor
-
Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan-pelaburan asing ini.
-
Bagaimanakah strategi dan peranan Kerajaan Negeri bagi memberi manfaat terus pelaburan asing kepada rakyat negeri Selangor dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan
205) KEPUASAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah setiap PBT mengadakan kajian kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan mereka?
-
Jika ada, apakah dapatan hasil-hasil kajian tersebut?
