204) PELAN INDUK PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah pelan induk pertanian negeri Selangor diluluskan oleh kerajaan negeri?
-
Nyatakan matlamat & strategi utama pelan induk pertanian negeri Selangor tersebut?
204) KEADAAN DI DUN PELABUHAN KLANG N46
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Keadaan DUN Pelabuhan Klang kini seperti kawasan terbiar. Jalan-jalan seperti Persiaran Batu Nilam dan Jalan Perusahaan sangatlah berlubang-lubang dan seluruh kawasan tersebut adalah bersampah-sarap. ADN kawasan tiada pusat khidmat untuk menerima aduan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani keadaan ini?
204) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan pelancongan homestay?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dalam tahun 2008 dan 2009 untuk pembangunan agro pelancongan dan apakah pencapaiannya?
-
Apakah pencapaian Tourism Selangor Sdn Bhd dalam menarik pelancong ke Selangor bagi tahun 2009?
204) AKTIVITI EKONOMI UTAMA NASIONAL (NKEA) DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional yang akan dijalankan di Selangor? Nyatakan bajet yang diperuntukkan baginya
-
Apakah rancangan pembangunan The Greater KL yang melibatkan sebahagian besar kawasan perbandaran di Selangor seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya dan Shah Alam?
204) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR SDN BHD (KUIS SDN BHD)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan sebanyak 195000 naskhah Buku Perbendaharaan Al-Quran dengan kos RM1.66 juta tidak dapat dijual kerana sambutan yang tidak menggalakkan dan buku ini telah/akan diberi secara sumbangan kepada badan/orang awam. Apakah sebenarnya perancangan KUIS Sdn. Bhd?
-
Bagaimanakah KUIS Sdn Bhd melakukan imbangan di atas kerugian ini?
-
Berapakah harga senaskhah buku ini dan siapakah penerbit?
204) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Tarikh pendaftaran Skim Air Darul Ehsan telah ditutup pada 31 Disember 2019. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengumumkan tarikh pendaftaran baru kepada pemohon yang layak untuk mendaftarkan diri di bawah Skim Air Darul Ehsan?
204) PELAN PERANCANGAN DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sama ada Kerajaan Selangor ada suatu pelan landskap DUN Teratai dan berapakah peruntukan tahun ini untuk pelan perancangan DUN Teratai supaya jadi sebuah kawasan hijau, indah dan bersih?
-
Sila kemukakan dokumen tindakan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di DUN Teratai dalam tempoh 2008 Ð 2013
204) LEBUHRAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kelulusan yang masih belum diberikan kepada KIDEX yang diperlukan sebelum pembinaan dapat dilaksanakan. Sila perincikan seksyen undang-undang yang berkaitan?
-
Jika perjanjian konsesi tidak didedahkan kepada masyarakat umum, adakah kelulusan akan diberi pertimbangan?
204) ISU TANAH KAMPUNG SRI TANJUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perkembangan penyerahan hak tanah kepada peneroka Kampung Sri Tanjung?
204) STATISTIK KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan lokasi jalan dan tempat kekerapan terjadi kejadian kemalangan maut di Daerah Kuala Langat, Sepang dan Klang.
-
Sila menyatakan statistik angka kemalangan maut pada Tahun 2015 hingga Bulan Jun 2016 di ketiga-tiga Daerah tersebut.
