204) PERUNTUKAN RM200,000 AHLI DEWAN NEGERI BUKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh setiap Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan bagi tahun 2016.
-
Adakah peruntukan RM200,000 boleh digunapakai oleh Pegawai Penyelaras DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat bahawa negeri lain juga memberi peruntukan kepada ADUN Bukan Kerajaan?
204) BANTUAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan bantuan nelayan pantai bagi tahun 2014-2015?
-
Nyatakan jenis bantuan-bantuan yang diberikan dan berapakah bilangan nelayan yang telah menerima bantuan dari tahun 2014 sehingga terkini?
204) HARGA RUMAH TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Selain faktor harga hartanah yang tinggi, apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan harga rumah semakin tinggi?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar kenaikan harga rumah?
204) MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan adakah majlis ini masih berfungsi sebagai badan pelaksana pelancongan untuk Kerajaan Negeri? Ulaskan
-
Siapakah ahli jawatankuasa untuk MTPN dan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masingmasing untuk melaksanakan program pelancongan sejak tahun 2004?
-
Berapakah jumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu membangunkan sektor pelancongan Negeri Selangor dan melalui badan manakah wang ini disalurkan?
204) ISU TANAH KAMPUNG SRI TANJUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perkembangan penyerahan hak tanah kepada peneroka Kampung Sri Tanjung?
204) KOS PEMBERSIHAN PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah kos pembersihan dari pencemaran sungai yang mengakibatkan LRA ditutup pada 2016.
-
Adakah Kerajaan Negeri meminta kilang yang melakukan pencemaran menanggung kos pembersihan tersebut?
204) PROGRAM AKADEMIK YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Berikan secara terperinci program akademik yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor dari 2008 hingga 2013?
-
Nyatakan peruntukan tahunan bagi melaksanakan program akademik Yayasan Selangor?
-
Senaraikan bilangan pelajar yang telah ditaja oleh Yayasan Selangor dari 2008 hingga 2013?
204) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan pelancongan homestay?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dalam tahun 2008 dan 2009 untuk pembangunan agro pelancongan dan apakah pencapaiannya?
-
Apakah pencapaian Tourism Selangor Sdn Bhd dalam menarik pelancong ke Selangor bagi tahun 2009?
204) MASALAH PEMBIAKAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan
-
Nyatakan sasaran Kerajaan di peringkat Negeri dan PBT dalam usaha ini.
204) AKTIVITI EKONOMI UTAMA NASIONAL (NKEA) DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional yang akan dijalankan di Selangor? Nyatakan bajet yang diperuntukkan baginya
-
Apakah rancangan pembangunan The Greater KL yang melibatkan sebahagian besar kawasan perbandaran di Selangor seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya dan Shah Alam?
