207) PENDAFTARAN E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak ICU bagi memudahkan semakan pendaftaran permohonan E-Kasih di buat di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN.
207) PRODUK PERTANIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah produk-produk pertanian utama di Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara?
-
Apakah ada sebarang jenama produk-produk pertanian Selangor yang dibangunkan untuk tujuan pemasaran dan promosi?
208) JAMBATAN CYBERJAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan semula jambatan Cyberjaya yang runtuh?
-
Nyatakan kekangan sehingga pembinaan jambatan tersebut memerlukan masa yang lama?
208) JENAYAH DAN KESELAMATAN DI KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi dan keberkesanan Pasukan Keselamatan Kejiranan yang dilaksanakan?
-
Mengapa hanya mengetengahkan tindakan yang dibuat oleh MBSA dan MBPJ sahaja, di mana tindakan dari sepuluh PBT yang lain?
208) AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah ajaran sesat yang terdapat di Negeri Selangor yang mengancam akidah umat Islam ?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras kegiatan ajaran-ajaran sesat tersebut?
208) BANTUAN PINJAMAN SKIM PERUMAHAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan skim ini kepada peminjam sasaran?
-
Nyatakan statistik jumlah pinjaman yang telah diluluskan berbanding jumlah permohonan yang diterima?
-
Bagaimana skim ini diwar-warkan kepada pengetahuan pembeli yang layak?
208) HASIL KUTIPAN CUKAI KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah sebenar kutipan cukai pintu berbanding dengan jumlah sasaran bagi setiap PBT dalam tahun 2012 dan 2013 mengikut pecahan perumahan dan premis perniagaan ?
208) TANAH SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua sekolah di Negeri Selangor dan lokasinya yang masih belum selesai isu tanahnya.
-
Apakah halangan Kerajaan Negeri untuk memberi tanah atau mewarta tanah bagi setiap kes tersebut?
208) PINJAMAN PERUMAHAN WARGA PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan prihatin Pakatan Rakyat harus bertindak pro aktif dengan mengadakan perbincangan dengan bank-bank agar tempoh bayaran balik ansuran perumahan mereka yang terbabit dipanjangkan atau dirombak semula agar rumah mereka tidak dilelong. Jika pihak bank mampu 'restructure loan' untuk pihak korporat, maka pihak bank juga harus mempunyai kewajipan sosial untuk membantu warga pekerja dalam keadaan krisis ekonomi ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?
208) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah proses pelantikan kontraktor untuk kerja pembersihan Sungai Klang?
-
Adakah keputusan mewartakan tanah rizab sepanjang Sungai Klang menjejaskan aktiviti yang sedia ada? Jika ya, sila berikan butir-butir seperti lokasi, aktiviti yang terjejas dan cara untuk mengatasinya
