208) PROGRAM BERKEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT (AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan dan peruntukan baru yang bakal dinikmati oleh rakyat Selangor selain bantuan-bantuan yang sedia ada bagi meningkatkan program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat (Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor)?
-
Adakah kerajaan Selangor bercadang untuk meneruskan program ÔJom ShoppingÕ setiap tahun?
-
Adakah kerajaan Selangor akan memperkenalkan program sampingan selain program ÔJom ShoppingÕ?
208) PINDAAN TERHADAP ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan mewajibkan pihak yang ingin memeluk Islam membubarkan perkahwinannya di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sebelum perkahwinannya dengan pasangan Muslim boleh didaftarkan di bawah Hukum Syarak?
208) PENJAWAT KONTRAK DI SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan dan kategori penjawat kontrak di SUK ?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk membayar gaji dan elaun penjawat kontrak pada tahun 2015?
208) PENGANGKUTAN AWAM SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Bandaraya Shah Alam menjadi ibu negeri Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi malangnya kemudahan pengangkutan awam adalah amat mendukacitakan . Sebagai contohnya penduduk di kawasan perumahan utara Shah Alam, U6,U10,U9 Shah Alam tidak mempunyai perkhidmatan bas yang menyeluruh . Syarikat bas yang sedia ada gagal melalui semua laluan dengan kepadatan penduduk yang bertambah . Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini ?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengkoordinasi perkhidmatan bas dengan syarikat-syarikat bas swasta?
208) WARGA EMAS DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Malaysia dijangka menjadi Negara Tua pada 2030 dengan lebih 15% populasi warga emas. Apakah rancangan atau persediaan Kerajaan Negeri Selangor bagi menghadapi isu ini?
-
Apakah inisiatif semasa yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan warga emas di Negeri Selangor?
208) Program Insentif Generasi Muda (IGEMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pendaftar iGems sejak permohonan dibuka?
-
Apakah pembaikan Kerajaan Negeri terhadap program ini?
208) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor?
-
Nyatakan penambahbaikan yang dilakukan untuk menurunkan jumlah kes denggi?
208) ISU GERAN PENEROKA TANAH KG BKT CERAKAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Permohonan telah dipohon sejak tahun 2008 setelah tertangguh sejak sekian lama untuk peneroka berjumlah 90 orang yang telah dinafikan oleh pemerintahan sebelum ini, Bagaimanakah proses pemilihan ini dijalankan dan bilakah permohonan pemilikan kekal ini akan diluluskan?
208) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapa kompaun atau tindakan penguatkuasaan telah dibuat setelah kempen bebas plastik ini dilancarkan awal tahun ini?
-
Apa tindakan pendidikan berterusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sejak sidang dewan yang lepas?
208) LAPORAN KERUGIAN UNISEL OLEH KETUA AUDIT NEGARA 2012
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pihak pembangkang mendakwa kononnya UNISEL mengalami kerugian sejak kerajaan negeri PR mengambil alih dan ini kata mereka terbukti dengan laporan Ketua Audit Negara 2011. Sila beri penjelasan mengenai isu ini.
