208) CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kadar cukai pintu di Selangor mengikut jenis/kategori.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kadar cukai pintu tersebut?
208) BANTUAN PESAWAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis bantuan Kerajaan Negeri kepada pesawah dari 2015-2017?
-
Nyatakan jumlah peruntukan bagi membantu pesawah dari 2015-2017?
208) PEMBATALAN PEMBINAAN KAMPUS CAWANGAN UITM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah menarik balik tanah YBK di Mukim Serendah yang dicadangkan untuk membina Kampus Cawangan UITM . Mengapakah pihak kerajaan negeri mengambil tindakan yang begitu drastik ?
-
Adakah kerajaan negeri akan membangunkan kawasan tersebut dengan projek pembangunan yang lain ?
-
Apakah kerajaan negeri memperolehi lebih keuntungan jika dibandingkan memanfaatkan yang diperolehi oleh rakyat sekiranya projek ini dilaksanakan ?
208) PENDAPATAN MINIMUM PETANI RM1200.00 SEBULAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk membantu rakyat miskin terutama petani dan nelayan agar memperoleh pendapatan minimum RM1200.00 sebulan. Apakah usaha yang telah dilaksanakan kerajaan negeri untuk mencapai hasrat tersebut?
-
Berapa jumlah petani di Selangor mengikut daerah dan jenis tanaman?
-
Agensi negeri manakah yang bertanggungjawab bagi memastikan matlamat pendapatan minimum RM1200.00 sebulan tercapai?
208) HUTAN SIMPANAN KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Sebanyak 50 ekar daripada Hutan Simpanan ini diluluskan untuk projek kubur Islam Seksyen 9 Tambahan Kota Damansara pada tahun 2006 dalam 3 fasa . Bagaimanakah projek ini boleh jadi diluluskan dalam kawasan Hutan Simpanan ?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan tapak altematif untuk mengelakkan kesesakan tempat pengebumian di suatu tempat, seperti tanah RRI?
-
Apakah langkah -Iangkah yang telah diambil untuk mengazetkan kembali hutan simpanan selebihnya agar ianya kekal dan tidak diterokai semula untuk pembangunan pada masa depan?
208) GERAI LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan Gerai Luar Bandar di kesemua PBT Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan setakat ini, bagaimanalah pencapaian kemajuan oleh para pengusaha Gerai Luar Bandar khususnya di daerah Sabak Bernam?
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai para pengusaha Gerai Luar Bandar daerah Sabak Bernam yang gagal menjelaskan tunggakan sewa sejak 10 tahun yang lalu?
208) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Bagaimanakah sumber kewangan untuk menampung kos diperlukan?
208) INFRASTRUKTUR AWAM TAMAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah PBT bertanggungjawab menyediakan kemudahan bersenam di taman rekreasi untuk setiap peringkat umur?
-
Berapakah peruntukan bagi membeli dan menyelenggarakan kemudahan- kemudahan tersebut?
-
Bagaimanakah proses pemantauan dan penyelenggaraan dilakukan?
208) AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah ajaran sesat yang terdapat di Negeri Selangor yang mengancam akidah umat Islam ?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras kegiatan ajaran-ajaran sesat tersebut?
208) KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti menaiktarafkan infrastruktur umpamanya di kawasan Sungai Pelek
