209) PENGURUSAN PEJABAT PENYELARAS DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos pengurusan pejabat dan bajet pembangunan penyelaras DUN Kerajaan Negeri?
-
Berapakah peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap penyelaras DUN tersebut?
209) PROJEK NAIK TARAF PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri ke atas projek ini?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk membina pusat tersebut?
-
Adakah projek ini akan diteruskan dan kawasan manakah yang dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan pusat tersebut?
209) PENGURUSAN PPR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah menaikan sewa kepada sesetengah penduduk daripada kadar RM124.00 kepada RM248.00. Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPR di Kota Damansara?
-
Berapakah caj bayaran kerosakan lif di PPR Kota Damansara?
-
Siapakah yang akan menanggung caj kerosakan tersebut?
209) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor?
-
Nyatakan jumlah terkini kilang haram yang masih beroperasi dibawah pengawasan Kerajaan Negeri?
209) PETALING JAYA ELEVATED CITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS 8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?
-
Bukankah lebih baik jikalau PKNS pada masa yang sama membangunkan kawasan perumahan mampu milik di tempat yang sama?
209) SYARIKAT KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kedudukan kewangan Syarikat KDEB bagi tahun 2010 dan 2011 ?
-
Sila nyatakan senaraikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat KDEB yang terkini dan juga anak-anak syarikatnya ?
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai aktiviti-aktiviti perniagaan utama syarikat KDEB ?
209) SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Pembinaan sekolah Kebangsaan Dan sekolah Menengah di Bandar Saujana Putra, Jenjarom?
-
Sila nyatakan lokasi berserta nombor plot kedua Dua Cadangan tapak sekolah.
209) TARIF AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tarif air di Selangor berbanding negeri-negeri lain.
-
Bilakah kali terakhir Kerajaan Negeri menaikkan tarif air dan sebabnya?
209) RUMAH URUT & JUDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen yang berada di Gombak Setia dan apakah syarat-syarat operasi rumah urut?
-
Berapakah pusat judi yang masih beroperasi di Gombak Setia?
209) KAWASAN LARANGAN MEROKOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan awam yang telah dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meluaskan kawasan larangan merokok demi kesihatan rakyat?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri meningkatkan kesedaran larangan merokok di taman-taman awam berdasarkan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2017)?
