23) PENINGKATAN WABAK DENGGI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah untuk mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular?
-
Nyatakan statistik terkini mangsa denggi mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah dan lokasi ÔhotspotÕ di Selangor mengikut PBT?
23) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar kemiskinan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor, untuk bandar dan luar bandar?
-
Kemiskinan di Selangor telah mencapai 0% pada 2016, apakah kayu ukur yang digunakan bagi mengukur pencapaian ini?
-
Apakah program-program bantuan yang dilaksanakan sehingga matlamat ini tercapai, nyatakan?
23) CAGARAN PEMASANGAN IKLAN DAN PEMBERSIHAN PILIHANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa jumlah cagaran yang telah PBT kutip untuk pembersihan pilihanraya.
-
Nyatakan parti dan calon yang telah telah gagal menuntut cagaran dengan sebab.
23) PELABURAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2016?
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?
23) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
YB EXCO Sri Kembangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor memberi RM500 Ribu kepada setiap ADUN tetapi peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Adakah masalah kesalahguna peruntukan berlaku di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru pada tahun 2008 hingga 2011. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.
23) KONSEP KETELUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan perbelanjaan pengurusan oleh Kerajaan Negeri sejak konsep ketelusan dipraktikkan ?
-
Sila nyatakan jumlah penjimatan pembangunan yang diperolehi melalui konsep ketelusan sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah yang akan dilaksanakan demi memperkasakan penghayatan sektor awam terhadap konsep ketelusan dan kebertanggungjawaban ?
23) MANIFESTO MENURUNKAN CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Adakah cukai pintu akan diturunkan sebagaimana yang tertera dalam manifesto kerajaan pakatan rakyat di mana cukai pintu rumah kediaman dikurangkan sebanyak 20% sementara cukai premis komersial diturunkan sebanyak 10%. Saya khuatir sekiranya ia tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebelum bulan Jun iaitu bulan mula tempoh kedua assement fee dikira. Saya lihat ia adalah satu penipuan kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri tidak memberi arahan sewajarnya kepada PBT dalam tempoh terdekat. Adakah arahan atau surat pekeliling akan dikeluarkan supaya meminta premis jangan membuat pembayaran cukai pintu untuk sementara sebelum cukai pintu baru diumumkan?
-
Tolong memberi penjelasan dan menyatakan pendirian kerajaan negeri
23) MUSIM PANAS MELANDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan kerajaan supaya bekalan air tidak terputus atau dicatu?
-
Berapakah peruntukan bagi menangani permasalahan ini?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mempastikan pengeluaran air terawat dapat dipertingkatkan memandangkan air mentah mencukupi untuk diproses?
23) HUTANG TALAM CORPORATION
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri telah melakukan pengambil alihan hutang Talam melalui kaedah "round tripping" yang membabitkan wang sejumlah RM 391.7 juta. Kita percaya pengambil alihan ini dilakukan mengikut lunas undang-undang dan peraturan. Justeru mohon dinyatakan: Apakah nama bank yang terbabit dalam urusan ini dan berapakah faedah yang dibayar oleh kerajaan negeri bagi urusan ini?
-
Siapakah peguam yang mengendalikan proses ini dan berapakah kos?
-
Sehingga 30 September 2010, berapakah jumlah hutang yang telah dibayar oleh Talam Corporation dan dalam bentuk apa?
23) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan projek Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama dahulu?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam projek Pusat-Pusat Kebudayaan tersebut?
-
Bilakah tarikh sebenar Pusat Kebudayaan tersebut boleh beroperasi sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai?
