23) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan Kerajaan Negeri pada tahun 2008?
-
Meminta satu pecahan sumbangan ini mengikut jenis-jenis pelancongan
-
Meminta satu senarai destinasi-destinasi pelancongan di Selangor di mana potensinya masih belum berkembang penuh
23) KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur bagi Kampung - kampung Baru Cina sejak pemerintahan Pakatan Rakyat?
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan kampung-kampung tersebut? Sila berikan pecahan mengikut pembangunan infrastruktur yang telah diberi sejak pemerintahan PR?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan khusus untuk menambah-baikkan kampung-kampung ini?
23) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk konsep komuniti berpagar?
-
Bagaimanakah garis panduan Kerajaan Negeri akan diselaraskan dengan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
-
Berapakah anggaran komuniti berpagar (sama ada dengan atau tanpa kebenaran) yang sedang beroperasi di semua kawasan PBT Negeri Selangor?
23) HAL EHWAL WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah dana yang telah disalurkan untuk Pusat Wanita Berdaya di setiap DUN Selangor tahun ini?
-
Berapakah DUN yang telah menubuhkan Pusat Wanita Berdaya?
-
Sejauh manakah program ini dapat mencapai objektif dan keberkesanannya?
23) PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat di Negeri Selangor mengikut pecahan kumpulan T20, M40 & B40?
23) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan status penstrukturan semula industri air Selangor selepas mahkamah membatalkan saman RM14 bilion Puncak Niaga Holdings Berhad?
-
Apakah manfaat jangka panjang yang akan diperolehi rakyat?
-
Apakah jangkaan tempoh penyelesaian penggantian paip lama di seluruh Selangor?
23) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan nasib PWB?
-
Sudah berapa lamakah elaun Penyelia PWB dihentikan dan apakah perancangan untuk memberdayakan PWB?
23) METER INDIVIDU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan yang belum tukar meter pukal kepada meter individu. Nyatakan pangsapuri yang mendapat potongan tetapi masih belum bertukar kepada meter individu. Apa tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan?
23) KESELAMATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani kejadian ragut dan pecah rumah yang semakin berleluasa sekarang di kawasan perumahan dan perniagaan?
-
Adakah pihak kerajaan negeri mengenal pasti kaedah praktikal untuk menangkap anjing liar yang semakin membimbangkan masyarakat?
-
Apakah tindakan susulan terhadap rungutan masyarakat berhubung tiadanya jejantas di kawasan sekolah yang terletak di lalulintas sibuk seperti di SK 1dan 2 Sri Gombak?
23) KEMUDAHAN INSTITUSI KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kemudahan institusi kebajikan untuk kelainan upaya, warga tua dan kanak-kanak di Selangor mengikut daerah?
-
Berapakah di antara di operasi awam, swasta ataupun badan bukan kerajaan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada badan-badan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan sejak 2008 sehingga kini?
