23) GUGUSAN INDUSTRI TERPILIH DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana untuk pelaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan dilaksanakan di Rawang?
-
Apakah yang telah dilaksanakan untuk Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang?
-
Nyatakan jadual perancangan untuk perlaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang.
23) PERANCANGAN MEMBINA MASJID BARU DI SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prosedur membina masjid baru diamalkan sebelum ini dan huraikan kenapakah masih terdapat tapak masjid yang sepatutnya didirikan masjid telah disewakan kepada pengusaha kereta terpakai atau tidak diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan dan dibiarkan sahaja menjadi semak samun
-
Sila kemukakan butiran terperinci, berapakah tapak Masjid di Selangor yang telah ada dalam senarai untuk di bina tetapi masih dalam peringkat perancangan untuk dibina dan nyatakan kawasan-kawasan manakah akan didirikan masjid - masjid ini?
-
Bagi memakmurkan masjid agar sentiasa digunakan selain untuk bersembahyang apakah cadangan-cadangan Kerajaan Negeri bagi meninggikan lagi fungsi setiap Masjid dan sekiranya ada, bilakah ianya akan mula dilaksanakan?
23) PADANG CERGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah padang cergas yang dinyatakan dalam pelan tindakan 5 tahun Kerajaan Negeri telah dibina setakat ini dan sila menyenaraikan kawasan- kawasan di mana padang cergas telah dibina.
-
Bilakah padang cergas akan dibina di kawasan Pandamaran?
23) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga September tahun 2019?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2017, 2018 dan sehingga september 2019 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
23) PUSAT PENGURUSAN PRODUK IKS DAERAH KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sebuah Pusat Pengurusan IKS telah dibina di daerah Kuala Langat iaitu DUN Morib. Bilakah pusat ini akan beroperasi?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk promosi pusat IKS ini?
-
Berapa peruntukan untuk aktiviti ini?
23) PAPAN IKLAN DI KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh MBPJ.
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh PBT lain.
23) MAHKAMAH SYARIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bilangan kes-kes Mahkamah Syariah yang telah tertangguh sehingga kini?
-
Apakah punca-punca kes tertangguh?
-
Apakah usaha dan peruntukan belanjawan Selangor 2015 bagi mengatasi punca-punca yang dinyatakan di (b)?
23) PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat di Negeri Selangor mengikut pecahan kumpulan T20, M40 & B40?
23) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan status penstrukturan semula industri air Selangor selepas mahkamah membatalkan saman RM14 bilion Puncak Niaga Holdings Berhad?
-
Apakah manfaat jangka panjang yang akan diperolehi rakyat?
-
Apakah jangkaan tempoh penyelesaian penggantian paip lama di seluruh Selangor?
23) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan keberkesanan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri di dalam memastikan kebajikan rakyat yang memerlukan adalah terjaga dan terpelihara.
