22) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada SJKT di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
23) METER INDIVIDU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan yang belum tukar meter pukal kepada meter individu. Nyatakan pangsapuri yang mendapat potongan tetapi masih belum bertukar kepada meter individu. Apa tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan?
23) KREMATORIUM AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kremotarium awam di seluruh Selangor mengikut setiap PBT
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan dalam menyelenggara dan membaik pulih kremotarium-kremotarium tersebut?
-
Nyatakan perbadanan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan sewaan setiap kremotarium tersebut.
23) PENCEMARAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan langkah langkah Kerajaan Negeri untuk mencegah sumber air agar bekalan air bersih agar tidak tercemar?
-
Senaraikan kerja baik pulih kawasan tadahan air dan simpanan air bersih di Selangor serta kos operasi tersebut bagi tahun 2019?
23) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk konsep komuniti berpagar?
-
Bagaimanakah garis panduan Kerajaan Negeri akan diselaraskan dengan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
-
Berapakah anggaran komuniti berpagar (sama ada dengan atau tanpa kebenaran) yang sedang beroperasi di semua kawasan PBT Negeri Selangor?
23) HAL EHWAL WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah dana yang telah disalurkan untuk Pusat Wanita Berdaya di setiap DUN Selangor tahun ini?
-
Berapakah DUN yang telah menubuhkan Pusat Wanita Berdaya?
-
Sejauh manakah program ini dapat mencapai objektif dan keberkesanannya?
23) DASAR PERUMAHAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Bilakah Dasar Perumahan Negeri Selangor digubal dan apakah visi utama dasar ini?
-
Senarai jumlah unit Rumah Selangorku yang disasarkan,telah dibina dan unit yang tidak dapat dijualkan mengikut kategori dan pecahan daerah.
-
Apakah faktor yang menyebabkan Rumah Selangorku tidak dapat dijual?
23) KESELAMATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah segera yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani kejadian ragut dan pecah rumah yang semakin berleluasa sekarang di kawasan perumahan dan perniagaan?
-
Adakah pihak kerajaan negeri mengenal pasti kaedah praktikal untuk menangkap anjing liar yang semakin membimbangkan masyarakat?
-
Apakah tindakan susulan terhadap rungutan masyarakat berhubung tiadanya jejantas di kawasan sekolah yang terletak di lalulintas sibuk seperti di SK 1dan 2 Sri Gombak?
23) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada kuil di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada tokong di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
23) PENGURUSAN PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pangsapuri di Selangor yang terletak di bawah seliaan Kerajaan Negeri mengikut PBT?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara pangsapuri tersebut pada tahun 2015?
