22) PENGGUNA WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Selangor untuk mengetahui bilangan pengguna Wifi Selangorku?
-
Mohon kerajaan negeri menyatakan bilangan pengguna Wifi Selangorku di seluruh Selangor mulai Januari hingga Jun 2016.
22) JENAYAH PENDATANG ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Pekerja-pekerja dari pendatang asing semakin ramai di Selangor dan ada di kalangan mereka melakukan kegiatan jenayah. Berapakah jumlah pendatang asing yang didaftarkan untuk menjadi pekerja di sektorsektor awam dan swasta?
-
Berapakah pula jumlah pendatang asing yang bekerja di Selangor yang telah didapati bersalah melakukan kes-kes jenayah?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PBT & PTD dalam membendung masalah jenayah ini?
22) PEWARTAAN KAWASAN RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pewartaan kawasan atau rizab orang asli di Selangor memandangkan permohonan telah dikemukakan sejak tahun 1977.
22) Strategi Bagi Perpaduan Di Antara Perkauman Dalam Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan yang semakin kritikal akibat isu-isu perkauman yang berbangkit?
22) LESEN INDUSTRI BURUNG WALIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk pengurusan industri burung walit diluluskan?
-
Senaraikan jumlah hasil lesen burung walid yang diperolehi mengikut pecahan PBT bagi tahun 2000-2011.
-
Badan manakah yang bertanggungjawab terhadap segala pemantauan dan juga aduan awam dalam pengurusan industri burung walit?
22) PEMOHONAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pemohonan tanah di Batu Arang, Taman Bukit Rawang Jaya dan Kampung Sungai Terentang?
22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?
22) LGBT DAN HIV
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Senarai statistik kesalahan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku LGBT yang pernah direkodkan di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya sonsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa?
22) HADIAH ANAK SELANGOR MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan penerimaan hadiah anak Selangor masuk universiti pada 2009, 2010 dan 2011?
-
Mengapa masih ada yang gagal untuk mendapat bantuan tersebut?
22) BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Daerah Gombak mencatatkan bilangan kedua tertinggi di Negeri Selangor bagi penerima bantuan am (1,141 orang) dan yang tertinggi bagi penerima bantuan kanak-kanak (1,602 orang) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sehingga November 2010. Apakah langkah-langkah khusus Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas yang daif?
-
Berapa ramaikah yang telah mendaftar di dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
