22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?
22) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak keeping tanah dan saiz tanah yang telah diluluskan kepada persatuan-persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada persatuan- persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
22) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status garispanduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
-
Adakah garispanduan tersebut akan membenarkan, mengehadkan atau menghalang pengubahsuaian tersebut?
22) BEKALAN AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Bilakah 20 meter padu bekalan air akan diberi percuma dan adakah Kerajaan Negeri Selangor perlu membayar kepada Syarikat SYABAS sebagai ganti rugi ?
22) PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan? Sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikannya.
22) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Senarai bilangan dan lokasi kilang haram yang telah berjaya dalam program pemutihan tersebut
-
Senarai jumlah yang dalam proses permohonan pemutihan dan jumlah yang belum memohon.
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam program tersebut?
22) JUMLAH PENERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri ada memberi bantuan khairat kematian kepada warga Selangor yang meninggal dunia sejak 2008. Berapakah jumlah penerima bantuan yang telah diberikan kepada warga dalam DUN Jeram dan mohon senaraikan nama-nama penerima bantuan berkenaan mengikut kampung-kampung?
22) PROJEK BOT BANGUNAN YAYASAN SELANGOR, BUKIT BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek tersebut?
-
Apakah projek ini memberi manfaat kepada usahawan Bumiputera?
22) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Aduan dari penghuni perumahan rakyat LPHS, di seksyen 26 Shah Alam adalah syarikat penyelenggaraan yang di lantik LPHS tidak laksanakan tugas hingga surau dilimpahi air najis. Huraikan apakah benar dakwaan ini?
-
Jelaskan, berapa unitkah rumah di perumahan ini kosong dan berapakah yang dihuni? Huraikan berapakah pecahannya mengikut kaum?
-
Kenapa rekod polis dijadikan alasan untuk menolak permohonan penyewa dari kalangan orang miskin?
22) KELAYAKAN PEMOHON PROGRAM ILTIZAM ANAK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional kerajaan membuka permohonan Program Iltizam Anak Selangor untuk anak kelahiran Selangor semata-mata dan bukan untuk pemastautin yang terdiri daripada sebahagian besar penduduk Selangor, sedangkan mereka menetap di Selangor lebih lama dari anak jati yang telah berhijrah keluar?
