22) Strategi Bagi Perpaduan Di Antara Perkauman Dalam Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan yang semakin kritikal akibat isu-isu perkauman yang berbangkit?
22) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada SJKT di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
22) PEMOHONAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pemohonan tanah di Batu Arang, Taman Bukit Rawang Jaya dan Kampung Sungai Terentang?
22) HADIAH ANAK SELANGOR MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan penerimaan hadiah anak Selangor masuk universiti pada 2009, 2010 dan 2011?
-
Mengapa masih ada yang gagal untuk mendapat bantuan tersebut?
22) BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Daerah Gombak mencatatkan bilangan kedua tertinggi di Negeri Selangor bagi penerima bantuan am (1,141 orang) dan yang tertinggi bagi penerima bantuan kanak-kanak (1,602 orang) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sehingga November 2010. Apakah langkah-langkah khusus Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas yang daif?
-
Berapa ramaikah yang telah mendaftar di dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
22) PENGGUNA WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Selangor untuk mengetahui bilangan pengguna Wifi Selangorku?
-
Mohon kerajaan negeri menyatakan bilangan pengguna Wifi Selangorku di seluruh Selangor mulai Januari hingga Jun 2016.
22) HUTANG TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak hutang syarikat Talam kepada kerajaan negeri Selangor yang berjumlah 392 juta telah berjaya dikutip semula sehingga Jun 2010
-
Boleh jelaskan perincian pecahan kewangan yang telah dikutip itu disalurkan kerajaan negeri dibelanjakan.
-
Berapa lama lagi diperlukan untuk mengutip semua hutang tersebut
22) TUNTUTAN PERJALANAN YAB DATO’ MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah prasyarat yang membolehkan YAB MB membuat tuntutan perjalanan kepada Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan dengan terperinci jumlah tuntutan perjalanan YAB MB kepada Kerajaan Negeri semenjak menjawat jawatan tersebut.
22) KERETA RASMI DATUK BANDAR DAN YANG DI-PERTUA (YDP) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah garis panduan atau pekeliling kerajaan tentang pembelian kereta rasmi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan Datuk Bandar atau Yang Di- Pertuanya (YDP)?
-
Adakah keputusan untuk membeli kereta rasmi untuk kegunaan rasmi Datuk Bandar atau YDP perlu dibentangkan dalam belanjawan PBT berkenaan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Majlis sebelum ianya dapat dilaksanakan?
22) PEWARTAAN KAWASAN RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pewartaan kawasan atau rizab orang asli di Selangor memandangkan permohonan telah dikemukakan sejak tahun 1977.
