22) TUNTUTAN PERJALANAN YAB DATO’ MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah prasyarat yang membolehkan YAB MB membuat tuntutan perjalanan kepada Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan dengan terperinci jumlah tuntutan perjalanan YAB MB kepada Kerajaan Negeri semenjak menjawat jawatan tersebut.
22) PEWARTAAN KAWASAN RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pewartaan kawasan atau rizab orang asli di Selangor memandangkan permohonan telah dikemukakan sejak tahun 1977.
22) AGROPRENEUR MUDA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan maklumat geran yang telah diluluskan bawah Program Agropreneur Muda Selangor.
-
Bagaimanakah Kerajaan memastikan program ini akan dilaksanakan dengan berjaya?
22) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Prihatin Selangor telah menyediakan berpuluh ribu rumah kos pangsapuri rendah di bawah Skim Rumah Selangorku. Apakah perancangan Kerajaan Negeri sekiranya pihak JMB atau berkaitan tidak mampu menguruskan rumah-rumah ini akibat yuran penyelenggaraan yang terlalu rendah atau tidak dibayar?
22) KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan jumlah keluasan kawasan lapang mengikut setiap PBT di Negeri Selangor.
-
Adakah kuantiti kawasan lapang ini mencukupi menjelang tahun 2035 mengikut unjuran pertumbuhan penduduk mengikut data RSN 2035?
22) SUMBER HASIL PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah sumbangan hasil tunai ataupun jumlah-jumlah bayaran hutang yang telah diberikan oleh GLC kepada Kerajaan Negeri?
22) PENTERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
-
Berikan beberapa contoh kejayaan cemerlang yang telah dicapai?
22) PROGRAM SPIES D’VILLAGE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan yang telah menubuhkan AJK SPIES D'Village?
-
Berapakah jumlah program yang telah diluluskan sejak ianya bermula mengikut pecahan S-P-I- E-S?
-
Berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan mengikut pecahan S-P-I-E-S di masa yang sama?
22) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan senarai penuh dengan hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC).
-
Sila senaraikan badan-badan pertubuhan NGO di Selangor yang aktif dalam isu ini.
22) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak keeping tanah dan saiz tanah yang telah diluluskan kepada persatuan-persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada persatuan- persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
