22) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang mewajibkan Pihak berkuasa Tempatan mengadakan sesi "townhall meeting" terbuka kepada pihak awam secara berkala sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi dan kepekaan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat?
22) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap kelulusan sediada dan yang akan datang bagi pengoperasian kuari-kuari yang beroperasi di dalam negeri Selangor.
-
Nyatakan keputusan pihak kerajaan terhadap aduan penduduk mengenai pengoperasian kuari di Lot 28436, Batu 10 Cheras dan lot berdekatan dengannya
22) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri ada merancang satu Òmaster planÓ untuk pembinaan rumah ibadat selain Islam ?
-
Berapakah pecahan tanah yang diluluskan untuk aktiviti agama Buddha, Hindu, Kristian di seluruh Selangor?
-
Apakah status terkini pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam ?
22) PENGURUSAN FLAT KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pembangunan flat kos rendah yang mempunyai dan tidak mempunyai JMB atau MC yang berfungsi? Sila beri pecahan mengikut PBT
-
Bagi flat yang tidak mempunyai JMB berfungsi, apakah tindakan kerajaan untuk mentadbir flat ini?
22) PENGANGGURAN DAN AKTIVITI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Dalam tempoh tahun 2004 ke 2007 beberapa kilang/usahawan pernah berpindah ke negara-negara lain. Berapakah kilang/perusahaan yang terlibat? Berapa pekerja yang hilang kerja? Berapa yang jaya cari kerja baru, dan berapa cepatnya?
-
Apa langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk menolong yang hilang kerja mencari kerja baru, dan mendorong serta merangsang ekonomi?
-
Betapa kesannya langkah kerajaan untuk mendorong aktiviti ekonomi? Jelaskan dengan angka statistik seperti nombor kilang/usahawan baru, bilangan pekerjaan baru yang dicipta, nilai pelaburan (dalam jumlah nilai ringgit)?
22) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status garispanduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
-
Adakah garispanduan tersebut akan membenarkan, mengehadkan atau menghalang pengubahsuaian tersebut?
22) KEMUDAHAN DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dewan serbaguna/dewan orang ramai/balai raya yang telah dibina oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dari 2008 ke 2016?
-
Berapakah padang yang telah dinaiktaraf ke padang cergas sejak permulaan inisiatif ini sehingga kini? Sila berikan butiran mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.
22) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah keuntungan KSSB dan berapakah royalti pasir yang dibayar kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2010 hingga 2012?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh KSSB dalam menjayakan program CSR sejak tahun 2010 hingga 2013?
-
Sila senaraikan nama ahli Lembaga Pengarah,elaun bulanan,elaun mesyuarat dan bonus tahunan serta lain-lain kemudahan yang diterima dari tahun 2010-2012?
22) AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah yang menyebabkan berlakunya kekosongan yang agak lama untuk jawatan Ahli Majlis?
-
Apakah kriteria untuk menjadi Ahli Majlis?
-
Huraikan jumlah mengikut PBT mengapa permohonan untuk menjadi Ahli Majlis ditolak.
22) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor atau melalui agensi-agensinya dalam setiap tahun sejak 2008 sehingga 2012?
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik akan dibina dan dicadang dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor atau agensi-agensinya mengikut kawasan pentadbiran setiap PBT dalam tahun 2013 sehingga 2015?
-
Apakah syarat-syarat kelayakan dalam permohonan rumah mampu milik?
