26) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kebajikan kepada rakyat, bilakah pemberian bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, pemberian bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah dan pemberian hadiah RM1,OOO kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti akan dilaksanakan?
-
Di manakah tempatnya dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membolehkan rakyat Negeri Selangor dapat menuntut bantuan-bantuan berkenaan
-
Sila senaraikan sepenuhnya nurseri, pra sekolah dan universiti yang bakal mendapat bantuan dan hadiah berkenaan
26) SKIM KEBAJIKAN UNTUK BANGUNAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis Skim atau bantuan kebajikan yang masih ditawarkan oleh Kerajaan Negeri khususnya untuk Pangsapuri Kos Rendah (contoh seperti Skim Ceria).
-
Sila terangkan tawaran yang disediakan oleh setiap Skim yang telah disenaraikan serta jumlah peruntukkan yang dibajetkan untuk Skim-skim ini pada tahun 2019.
26) MASALAH PAIP AIR KERAP PECAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah paip air masih kerap pecah, sebagai contoh berlaku di kawasan DUN Dusun Tua?
27) BERNIAGA INTERNET
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu golongan belia untuk berniaga di Internet?
-
Apakah manfaat yang boleh diperolehi Kerajaan kalau makin ramai aktiviti perniagaan dijalankan secara online di Selangor?
27) PROGRAM WANITA TAHUN 2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan program baru yang ditawarkan kepada Wanita dalam tahun 2014
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan atau perancangan tahunan untuk program Wanita tahun 2014
-
Sila kemukakan senarai lengkap bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan dan yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan.
27) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf pusat pelancongan di Selangor pada tahun 2019?
27) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pegawai maklumat enakmen ini.
-
Butirkan statistik pemohonan mengikut tahun dan agensi/ jabatan.
-
Berapa permohonan yang telah dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan dan apa statistik keputusannya?
27) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kenapakah faedah dari hasil pasir hanya disalurkan kepada Ketua-ketua Kampong hanya sekali sahaja (2009)?
27) PROJEK INDUSTRI BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Meluluskan projek industri babi secara besar-besaran tanpa kajian yang terperinci, adakah ia merupakan langkah kerajaan yang baik?
27) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis-jenis peruntukkan (e.g. kecemasan, kawasan) serta jumlah peruntukkan JPS Selangor pada tahun 2019.
-
Apakah JPS Selangor mempunyai rancangan penaiktarafan dan pengindahan kawasan tebing sungai seluruh Selangor pada jangka masa panjang? Sekiranya ada, apakah jangka masa tersebut?
