26) PENYELENGGARAAN BAHAGIAN LUAR KUBAH MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI SELANGOR)
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kekerapan proses mencuci bahagian luar kubah dijalankan?
-
Berapa peruntukkan disediakan untuk mencuci bahagian luar kubah tersebut setahun?
-
Berapakah kos keseluruhan penyelenggaraan Masjid Negeri setiap tahun?
26) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?
-
Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?
26) PAPAN TANDA KAMPUNGKU KESAYANGANKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa kah bilangan papan tanda yang telah di bina seluruh Selangor dan berapakah bajet yang di belanjakan ?
26) PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS 2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis-garis panduan yang digunapakai dalam pemilihan dan pelantikan Ahli-Ahli Majlis yang berwibawa dan efektif?
-
Siapakah yang menentukan pelantikan Ahli-Ahli Majlis? Kenapa kuota Ahli Majlis di negeri Selangor belum di penuhi?
26) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep dan rancangan yang terkandung dalam sektor pertanian moden?
-
Apakah rancangan untuk memajukan atau membantu sektor pertanian konvensional melalui transformasi ke pertanian moden?
-
Berapakah jumlah peruntukan digunakan untuk pembangunan sektor pertanian moden bagi tahun 2008,2009?
26) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan setiap anak syarikat PNSB (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada)
26) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran PWB dalam membantu golongan wanita dalam sektor pembangunan ekonomi rumah tangga pasca COVID 19?
-
Bagaimanakah struktur perlantikan penyelia PWB yang terkini dilantik?
-
Adakah masih menggunakan kuota parti politik atau memberikan kuasa kepada pihak adun melantik penyelia PWB?
26) GUGUSAN INDUSTRI AUTOMOTIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pelan pembangunan di gugusan industri automotif dan industri sokongan.
-
Senaraikan pelaburan yang telah berjaya dalam industri automatif dan industri sokongan.
26) LEBUHRAYA SHAH ALAM (LSA) / KESAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus pegangan saham oleh kerajaan negeri dalam konsesi lebuhraya ini dan huraikan tentang cadangan penjualan pegangan ini kepada syarikat lain?
-
Tanggungjawab penyelenggaraan sekitar lebuhraya terletak di bawah penguasaan KESAS. Siapakah yang dipertanggungjawabkan bagi menyelenggara laluan air di kawasan? persempadanan dengan JPS dan PBT
-
Berapakah kekerapan pembersihan dibuat dalam satu tahun?
26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?
-
Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?
