26) PENUKARAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA KEPADA PEGANGAN PAJAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butir-butir tanah, keluasan, alamat tanah, premium untuk penukaran, tarikh penukaran dan tuan punya tanah yang telah dibenarkan menukar lesen menduduki sementara kepada pegangan pajakan di DUN Subang Jaya dari tahun 1998 sehingga hari ini.
26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?
-
Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?
26) OPERASI KUARI GERAK HARAPAN DI BATU 11, JALAN CHERAS, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah operasi kuari milik Gerak Harapan di Batu 11, Jalan Cheras, Hulu Langat akan tamat lebih awal daripada tempoh lanjutan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu sehingga Mac 2017? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Apakah langkah-langkah keselamatan akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap lombong kuari tersebut selepas tamat beroperasi memandangkan lombongnya amat dalam dan berdekatan kawasan perumahan?
26) TANAMAN FERTIGASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan teknologi tanaman fertigasi?
-
Senaraikan petani yang dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tanaman fertigasi di Selangor?
26) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran PWB dalam membantu golongan wanita dalam sektor pembangunan ekonomi rumah tangga pasca COVID 19?
-
Bagaimanakah struktur perlantikan penyelia PWB yang terkini dilantik?
-
Adakah masih menggunakan kuota parti politik atau memberikan kuasa kepada pihak adun melantik penyelia PWB?
26) GUGUSAN INDUSTRI AUTOMOTIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pelan pembangunan di gugusan industri automotif dan industri sokongan.
-
Senaraikan pelaburan yang telah berjaya dalam industri automatif dan industri sokongan.
26) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan setiap anak syarikat PNSB (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada)
26) PENYEDIAAN PARKIR DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan kesesakan parkir di hospital dan klinik kesihatan yang dihadapi rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan segera sekiranya ada permohonan untuk membina kawasan parkir di hospital dan klinik kesihatan?
26) KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah prosedur untuk menggazetkan sesebuah kawasan sebagai kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
-
Adakah kawasan Kg. Kerdas Gombak telah digazetkan sebagai kawasan di bawah pentadbiran MPS?
26) PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan PIYS kini?
-
Apakah latar belakang kelayakan mereka tersebut?
