26) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap Pembangunan Usahawan kalangan golongan muda?
-
Nyatakan pencapaian dalam tempoh 2008-2010
-
Berapakah peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan usahawan muda dan perincikan.
26) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SUNGAI BUAYA, BUKIT BERUNTUNG, BANDAR BUKIT SENTOSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Terdapat pihak yang ingin memajukan dan melaksanakan pembangunan di kawasan seperti Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa. Setelah beberapa tahun dalam pemerintahan Kerajaan Negeri, tanah Sungai Buaya masih tiada apa-apa perancangan dan tindakan yang dilaksanakan. Bagaimanakah kerajaan negeri merancang ? Mengapa dan kenapa perlu dirampas tanah tersebut ?
-
Apakah perancangan dan tindakan kerajaan negeri bagi memulihkan imej Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa setelah pihak kerajaan mengambil alih hutang Talam Corp ?
-
Apakah infra yang akan dilaksana oleh pihak kerajaan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ?
26) SENI DAN BUDAYA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah bidang-bidang seni yang ketara dan menonjol di negeri Selangor?
-
Bidang-bidang seni yang manakah patut diberi keutamaan di negeri Selangor?
-
Setakat ini sejauh manakah kejayaan yang dicapai di dalam mempromosikan seni di negeri Selangor?
26) PEWARTAAN TANAH KAMPUNG ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam melakukan pewartaan tanah bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor?
26) PERNIAGAAN ATAS TALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana respon pembeli dan peniaga yang menyertai PLATS pada bulan Ramadhan?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk membantu peniaga dalam peryertaan dalam perniagaan atas talian?
26) MASALAH SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial seperti gejala pembuangan bayi tetap berlaku di Selangor walaupun telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras masalah sosial?
-
Sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi bagi gejala ini?
26) PRESTASI ANAK-ANAK SYARIKAT MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan keuntungan/kerugian tahunan semua anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan subsidiari-subsidiari mereka pada tahun 2016.
-
Adakah setiap syarikat di (a) membayar dividen kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016? Senaraikan syarikat-syarikat yang bayar dan jumlahnya
26) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EXCO KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapa gaji asas dan elaun EXCO?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara EXCO?
-
Berapakah elaun dan tuntutan EXCO daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?
26) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan program Rumah Selangorku di DUN Meru bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri?
26) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Huraikan status semasa Pengerak Belia Tempatan (PeBT).
-
Berapakah kos keseluruhan bagi membiayai program ini untuk seluruh daerah di Selangor sejak ia dimulakan hingga Mac 2013 dan adakah ianya mencapai tahap yang diperlukan?
-
Nyatakan senarai terperinci Pengerusi PeBT dan ahli jawatankuasanya bagi seluruh Selangor mengikut pecahan PBT.
