25) LAPORAN STATUS MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penghuraian Menteri Besar tentang senarai perbelanjaan MARRIS mulai Januari hingga Disember 2014
-
Sila nyatakan pecahan perbelanjaan MARRIS mengikut PBT
-
Adakah Menteri Besar berpuas hati dengan pelaksanaan setakat ini?
25) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan hal ehwal pengangkutan awam terletak di bawah Kerajaan Persekutuan, apakah cara-cara yang ada pada Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di Petaling Jaya?
-
Adakah kerajaan telah mengenal pasti tapak-tapak tanah yang akan digunakan oleh Rapid KL untuk pembinaan stesen-stesen LRT yang baru? Jikalau ya, di manakah tempat-tempat ini?
25) RIZAB KEWANGAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT dan perancangan PBT untuk membelanjakannya masing-masing.
25) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar baharu pembangunan tanah di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar?
-
Bagaimana dasar pembangunan tanah baharu ini dapat membantu rakyat?
25) MENANGANI ISU PERKAUMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Sejak kebelakangan ini , terdapat banyak isu-isu yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat . Kita juga telah menyaksikan beberapa saat genting pada tahun 2009 apabila terdapat beberapa pihak yang ingin mengapi-apikan emosi dan perasaan benci di kalangan kaum. Apakah tindakan proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani isuÐisu sedemikian ?
-
Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk memupuk pembinaan suatu negeri tanpa manipulasi isu perkauman?
25) TEMPOH MASA PENYELENGGARAAN JALAN KAMPUNG (JALAN PLB DAN JKR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak semula peraturan penyelenggaraan jalan PLB dan JKR supaya sesuai dengan keperluannya, misalnya jadual potong rumput daripada 3 bulan kepada 2 bulan sekali?
-
Memberi tanggungjawab pemantauan dan peruntukan kepada JKKK untuk kontrak penyelenggaraan dan pembersihan kampung.
25) Pengupayaan Surau
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kebanyakkan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?
25) SISTEM ADUAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah Sistem Aduan Awam Selangor kini digunapakai?
-
Apakah kelemahan dan kelebihan sistem aduan ini?
-
Adakah Kerajaan akan menambahbaik sistem tersebut, terutamanya dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit, supaya memudahkan orang awam untuk melakukan aduan?
25) ISU CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengemukakan garis paduan lengkap untuk MPAJ supaya MPAJ dapat menukarkan pinjaman wang Kerajaan Negeri kepada geran?
-
Berapakah peruntukan atau pinjaman yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada MPAJ untuk menyelesaikan masalah cerun setakat Mac 2015?
25) PENGURUSAN PERBELANJAAN OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan penubuhan Task Force di peringkat PBT dalam memastikan pengurusan perbelanjaan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab dapat ditingkatkan seperti yang dilaksanakan oleh MPAJ
