25) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Satu permohonan tanah dan laporan lengkap untuk sekolah-sekolah Tamil di Kawasan DUN Bukit Melawati telah diserahkan pada tahun lalu. Apakah status permohonan tersebut ?
-
Adakah Pejabat Tanah sudah memulakan rundingan dengan syarikat -syarikat perladangan dan tuan punya tanah bagi tujuan tersebut ?
-
Bilakah perkara tersebut akan diselesaikan ?
25) KUMPULAN SEMESTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keuntungan yang telah diperolehi oleh kumpulan semesta sejak ia ditubuhkan
-
Selaras dengan M.E.S berapakah jumlah keuntungan tersebut telah diguna pakai
-
Apakah perancangan jangka panjang untuk masa hadapan kumpulan semesta
25) KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Setakat ini adakah program ini berjaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat atau memberi keuntungan kepada pasar raya hasil jualan beg plastik?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memberi kesedaran penggunaan bahan plastik dan alam sekitar kepada rakyat secara menyeluruh?
25) SKIM SEROJA DAN PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan bagi setiap komuniti yang melaksanakan program PKK dan Seroja?
-
Berapakah jumlah keseluruhan yang digunakan setakat ini?
-
Apa rasional kerajaan negeri menetapkan peruntukan skim seroja dan PKK tidak selaras dari segi jumlah peruntukan dan insurans sedangkan kedua- duanya adalah dari kerajaan negeri?
25) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senarai pegawai maklumat bagi setiap jabatan kerajaan Negeri Selangor
-
Senarai ahli-ahli Lembaga Rayuan
-
Bagaimana orang awam boleh mendapati butir-butir perhubungan setiap pegawai maklumat?
25) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar garis kemiskinan terkini Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah cara kadar ini dikira menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri?
25) HASIL DAN KUTIPAN CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bandingkan prestasi kewangan dan kutipan cukai khususnya kutipan cukai tanah dan premium Kerajaan Selangor, khususnya notis 5A dan 7G pada suku pertama 2019 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2018.
25) HALAL PARK
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Tanah revolusi hijau di Kampung Johan Setia Klang selepas negeri memutuskan membatalkan projek halal park?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengata
25) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Hukuman bagi pembuangan sampah haram adalah kompaun sebanyak RM1000 dan sitaan lori. Hukuman ini adalah terlalu rendah dan didapati PBT kurang berkuasa apabila pesalah adalah diluar kawasan PBT. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan hukuman dan menguatkan kuasa PBT?
25) HASIL KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah hasil kuari mengikut jenis kepada Kerajaan Negeri daripada tahun 2007-2011.
-
Senaraikan syarikat yang mendapat lesen mengeluarkan hasil kuari, serta tempoh lesen yang diberikan mengikut daerah.
-
Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kuari di kawasan Bandar tidak akan menimbulkan kacau ganggu dan pencemaran kepada penduduk yang mendiami sekitar kuari?
