25) PELAN TINDAKAN GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah Pelan Tindakan ke atas perlaksanaan gaji minima bagi sektor awam dan swasta?
-
Apakah usaha kerajaan Negeri dalam mengawal pengambilan pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sehingga menafikan peluang pekerjaan bagi warga tempatan?
25) SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Rancangan Tempatan Morib Tg. Sepat 2005-2020 telah dilancarkan. Bilakah akademik sukan layar akan dilaksanakan di kawasan Pantai Batu Laut?
25) ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah statistik tapak pelupusan sampah haram di seluruh Selangor di antara tahun 2015 sehingga kini?
-
Berapakah dari tapak haram ini dikenakan tindakan serta jenis tindakan yang dikenakan terhadap mereka?
25) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan setiap anak syarikat PKNS (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini).
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada).
25) TERMINAL BAS PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Tiadakah perancangan dari PBT untuk mempromosikan terminal bas tersebut? Ini kerana kebanyakan peniaga yang berniaga di sana diibaratkan kais pagi, makan pagi dan kais malam, makan malam
-
Apakah bantuan dan tindakan dari PBT dalam menangani permasalahan tersebut, nyatakan?
25) KONDOMINIUM BERHAMPIRAN KUIL SRI MARIAMANN BATU CAVES
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Bilakah tarikh Majlis Perbandaran Selayang telah meluluskan pelan pembangunan kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Mariamann dan Gua Batu Kapur Batu Caves ?
-
Apakah keputusan terkini kerajaan negeri terhadap pembinaan kondominium tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai garis panduan untuk pembinaan/pembangunan berhampiran kawasan berisiko seperti lereng bukit dan gua batu kapur ?
25) MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tempat-tempat berisiko tinggi yang menghadapi serangan wabak penyakit seperti Denggi, Chikukungnya dan lain-lain penyakit yang membawa maut?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka untuk menangani jangkitan wabak penyakit ini dan berapa kos yang diperlukan?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan jangkitan wabak dari luar menular di negeri ini seperti influenza A H1N1?
25) KETIADAAN BEKALAN AIR TERAWAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ketiadaan bekalan air terawat di kawasan kampung Sungai Lui dan kampung Sungai Tekali?
25) KAWASAN SIMPANAN HUTAN YANG DIGAZETKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah, lokasi serta tujuan kawasan hutan simpanan yang telah digazetkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2000 hingga 2008
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kawasan simpanan hutan yang telah disewa keluar untuk tujuan pertanian dan senaraikan kawasan tanah hutan yang telah diluluskan untuk tujuan pertanian mengikut pecahan daerah bagi tahun 2001-2011.
25) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini proses pembinaan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang dicadangkan sebelum ini ?
-
Sila nyatakan di manakah lokasi sebenar yang dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina tersebut dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan ?
-
Sila nyatakan apakah sebenar kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dan seterusnya menyebabkan cadangan pembinaan Pusat tersebut tergendala sehingga kini ?
