25) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini proses pembinaan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang dicadangkan sebelum ini ?
-
Sila nyatakan di manakah lokasi sebenar yang dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina tersebut dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan ?
-
Sila nyatakan apakah sebenar kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dan seterusnya menyebabkan cadangan pembinaan Pusat tersebut tergendala sehingga kini ?
25) DANA IKS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik Dana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah diagihkan mengikut daerah tahun 2009
25) RUMAH TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah terbiar (struktur, bukan kebersihan) yang telah dan belum diambil tindakan oleh MBPJ dalam tahun 2013?
-
Berapakah bilangan aduan keseluruhannya di DUN Bukit Gasing, mengikut seksyen?
25) PELANCONGAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan?
-
Jika ada, apakah strategi kerajaan untuk penaiktarafan pasar-pasar ini?
25) PEMBINAAN ÒWATER FRONTÓ DI TEBING SUNGAI SELANGOR DI SEBELAH PADANG AWAM, PEKAN KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Sedarkah Kerajaan Negeri di sebelah malam, Pekan Lama Kuala Selangor sunyi sepi?
-
Apakah tiada cadangan untuk menukar suasana berkenaan?
-
Adalah dicadangkan pembinaan ÒWater FrontÓ di kawsan tersebut untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar dan tempatan serta dapat meningkatkan pendapatan ekonomi kepada peniaga-peniaga
25) Pengupayaan Surau
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kebanyakkan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?
25) SISTEM ADUAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah Sistem Aduan Awam Selangor kini digunapakai?
-
Apakah kelemahan dan kelebihan sistem aduan ini?
-
Adakah Kerajaan akan menambahbaik sistem tersebut, terutamanya dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit, supaya memudahkan orang awam untuk melakukan aduan?
25) SISTEM DIGITAL TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah status terkini cadangan perlaksanaan sistem digital tanah dan bilakah ianya akan dimulakan ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi menjayakan perlaksanaan sistem tersebut ?
-
Sila huraikan dengan detail perbezaan kebaikan dan kelemahan yang bakal dihadapi setelah sistem tersebut dijalankan ?
25) PENGIMPORTAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah SOP untuk memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar di kawasan perindustrian dilaksanakan secara baik?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk meningkatkan kawalan pencemaran alam sekitar?
-
Nyatakan bilangan dan maklumat berkenaan lesen import sampah plastik yang diluluskan di Negeri Selangor.
25) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen yang telah diluluskan untuk pengoperasian kuari dengan mengikuti DUN?
-
Apakah impak positif dan negatif kepada Kerajaan atas penambahan aktiviti kuari?
-
Bagaimana untuk memastikan aktiviti kuari tidak melakukan pencemaran yang menjejaskan kehidupan penduduk?
