24) DENGGI DAN CHIKUNGUNYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor-faktor merebaknya denggi dan chikungunya di Selangor?
-
Sejauh manakah berkesannya langkah-langkah yang diambil?
-
Mengapakah penyakit ini lebih berlaku di bandar berbanding luar bandar?
24) PENCEMARAN AMMONIA SUNGAI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab menjaga sumber air sungai negeri dari tercemar?
-
Apakah pihak ini mempunyai pasukan pemantau dan penguatkuasa dan pelan tindakan?
-
Apakah peruntukan akta untuk membanteras masalah ini?
24) E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan pemohon yang telah berjaya memohon Ekasih?
-
Nyatakan berapa pemohonan yang diluluskan setiap bulan mengikuti daerah?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menambahbaik proses pemohonan?
24) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan luar dan domestik yang diperolehi oleh Negeri Selangor dari Jan hingga Dis tahun 2007 ? Sila berikan butir-butir menerusi pecahan daerah
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam menarik lebih banyak pelabur secara bandingan di antara tahun 2005, 2006 dan 2007 ?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh semua Negeri yang lain dalam tahun 2007 ?
24) PENUTUPAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR KG PANDAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini Yayasan Selangor mengumumkan penutupan Asrama Toh Puan Norasyikin di Kampung Pandan bagi tujuan pembangunan semula. Apakah rasional penutupan ini?
-
Apakah syarikat yang terlibat dalam memajukan tanah tersebut?
-
Berapa dan apakah bentuk pulangan yang diterima oleh pihak Yayasan daripada projek pembangunan tapak ini?
24) PERPUSTAKAAN SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?
-
Berapakah perbelanjaan bagi menambahkan judul buku setiap tahun?
-
Berapakah bilangan staf dan jumlah gaji serta elaun staf bagi setahun?
24) RANCANGAN SELANGOR 1
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran penambahan kepada KDNK negara yang disumbang melalui program/ projek/ inisiatif Rancangan Selangor 1?
24) PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan alamat dan no telefon Pusat Khidmat Ahli Majlis
-
Berapakah bilangan Ahli Majlis yang tinggal di kawasan Perkhidmatan.
24) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria utama yang diambil kira dalam pemilihan kontraktor yang mendapat tender MARRIS?
-
Mengapakah kerja-kerja infra sepatutnya dijalankan di bawah MARRIS di MPK amat lembap jika dibandingkan dengan PBT lain? Apakah masalah yang dihadapi oleh MPK?
24) Pencemaran Sungai Di Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan sehingga kini terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran sungai di Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pencemaran sungai, longkang serta saliran di negeri Selangor?
