24) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah kilang yang belum membayar premium untuk menukar tanah pertanian ke tanah industri?
-
Apakah masalah yang menyebabkan pekilang lambat membayar premium?
-
Apakah tindak lanjut yang akan diambil sekiranya premium masih tidak dibayar?
24) PENCEMARAN AMMONIA SUNGAI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab menjaga sumber air sungai negeri dari tercemar?
-
Apakah pihak ini mempunyai pasukan pemantau dan penguatkuasa dan pelan tindakan?
-
Apakah peruntukan akta untuk membanteras masalah ini?
24) SKIM SMUE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Setakat ini sudah berapa orang telah berdaftar untuk menikmati faedah yang ditawarkan dalam skim SMUE?
-
Kerajaan Pakatan rakyat telah meluluskan berapa jumlah wang ke atas skim SMUE semenjak memerintah Negeri Selangor pada tahun 2008.
24) PERMOHONAN TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini bagi perkara di atas?
-
Bilakah kelulusan dapat diperolehi?
24) PERPUSTAKAAN SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?
-
Berapakah perbelanjaan bagi menambahkan judul buku setiap tahun?
-
Berapakah bilangan staf dan jumlah gaji serta elaun staf bagi setahun?
24) PENETAPAN KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah piawaian yang digunakan oleh Kerajaan Negeri di dalam menetapkan status kampung tradisi?
-
Adakah pihak pentadbir Daerah dan Tanah Klang mempunyai perancangan untuk memecahkan pentadbiran Kampung Meru dan Kampung Haji Sharif kepada dua MPKK yang berasingan?
24) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Menteri Besar Incorporated (MBI) dan setiap anak syarikat MBI (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada).
24) PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran pekerja warga asing dengan izin dan tanpa di Negeri Selangor?
-
Bagaimana kerajaan mengatasi masalah pekerja warga asing yang makin bertambah?
24) PEMBANGUNAN YANG TELAH DILULUSKAN DI DUN TERATAI, KAWASAN MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila sebutkan semua permohonan untuk pembangunan yang telah dilulus dan tengah dipohon di MPAJ untuk kawasan Teratai. Sila nyatakan status, nama pemaju, kategori (rumah deret, condo, etc), berapakah tingkat dan tarikh bermula/tamat projek.
24) PENCEMARAN AIR SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menyebabkan air di Bagan Sungai Buloh Jeram menjadi hitam dan berbau busuk semasa air surut?
-
Apakah langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti punca dan seterusnya mengambil tindakan pemulihan?
