24) RANCANGAN UNTUK MENJADIKAN SELANGOR SEBAGAI NEGERI BERTEKNOLOGI HIJAU

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk menjadikan Selangor negeri berteknologi hijau?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Selangor bersedia untuk menghentikan pemberian Beg Plastik di Pasar raya secara keseluruhan seperti di Pulau Pinang?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh mana Kerajaan Negeri dapat mengawal pengeluaran korbon dioksida ke udara?

    Klik jawapan »

24) KESUSAHAN ADUN AKSES KEPADA POLISI KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Fungsi Dewan Undangan Negeri adalah untuk check and balance pihak berkuasa negeri agar negeri dapat menghala ke arah yang sentiasa mementingkan semua pihak. Polisi-polisi baru atau sebarang pindaan dalam kerajaan negeri, contohnya Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil (1)/2008, Bil (2)/2008 dan Bil (3)/2008 tidak dapat disampaikan kepada rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat berasa amat keliru kerana pejabat tanah tidak memberi maklumat yang secukupnya kepada mereka. Kegagalan untuk membawa maklumat kepada asas masyarakat dapat menyebabkan ketidakpuasan rakyat. ADUN juga sukar mendapat informasi sedemikian dan seterusnya membantutkan fungsi ADUN dalam dewan. Sila Y.A.B. ulaskan keadaan sebegini.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak kerajaan negeri akan cuba semua kaedah yang mungkin, contohnya paparkan semua maklumat pada laman atau umumkan dalam surat khabar supaya matlamat tersebut dapat dicapai? Ulaskan

    Klik jawapan »

24) PELAKSANAAN CUKAI PERKHIDMATAN DAN BARANGAN (GST)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian kerajaan negeri dengan pelaksanaan GST oleh kerajaan persekutuan pada 1 April 2015?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri pernah mengadakan perbincangan berkenaan GST bersama kerajaan persekutuan sebelum ini?

    Klik jawapan »

24) PENYENGGARAAN SAMPAH DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Sejak PBT di Selangor mengambil alih operasi pengutipan sampah dan pembersihan dari Alam Flora sejak tahu 2012, berapakah penjimatan kos yang dapat dibuat?

    Klik jawapan »

24) INDUSTRI TERNAKAN AYAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?

    Klik jawapan »

  3. Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?

    Klik jawapan »

24) PENGURUSAN JMB-MC

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?

    Klik jawapan »

24) KUALITI HIDUP

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup Negeri Selangor sebagai yang terbaik dari segi pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesenian kebudayaan dll. Apakah langkah yang perlu diambil dan bagaimana mengatasinya jika ianya bermasalah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah purata pendapatan, distribusi pendapatan, dan gini koefisien (gini coefficient) untuk negeri Selangor bagi tahun 2008-2010. Apakah faktor-faktor bagi menyekat bagi pengurangan ketidakseimbangan pendapatan (income inequality) ini?

    Klik jawapan »

24) ARAHAN PERBENDAHARAAN 58

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah Arahan Perbendaharaan 58 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2006-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aliran kewangan PBT berada dalam keadaan sihat dan tiadanya banyak tunggakan yang perlu diselesaikan?

    Klik jawapan »

24) CEGAH MAKSIAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Beberapa bulan yang lalu, YB DatoÕ Dr. Hassan Ali telah mengisytiharkan peranan pegawai-pegawai masjid di Selangor yang akan diperkasakan melalui autoriti yang diberikan oleh JAIS untuk mencegah kemungkaran di Qariyah masing-masing. Sejauh manakah peranan ini telah dimainkan oleh pegawai terbabit dan keberkesanan kepada arahan terbaru ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Minta diberikan pecahan jumlah tangkapan mengikut daerah dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

24) JAMBATAN KE-3 KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jambatan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos pembinaan Jambatan tersebut dan bilakah ianya akan dimulakan?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-3 Klang?

    Klik jawapan »