24) PENCEMARAN AMMONIA SUNGAI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab menjaga sumber air sungai negeri dari tercemar?
-
Apakah pihak ini mempunyai pasukan pemantau dan penguatkuasa dan pelan tindakan?
-
Apakah peruntukan akta untuk membanteras masalah ini?
24) INISIATIF SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek dan pencapaian Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sejak pertubuhannya
-
Apakah perkembangan dengan pembangunan Smart Digital Eco-system yang bernilai RM14 juta (Bajet 2017)?
-
Apakah perkembangan sistem iClean Selangor yang bernilai RM45 juta (Bajet 2017)?
24) PELABURAN & PERDAGANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kah kita menjalankan Òproses pemilihan pelaburÓ bagi pelaburpelabur yang ingin melabur di negeri Selangor. Apakah pula kriteria pelabur yang kita terima?
-
Apakah pula insentif yang kita berikan kepada mereka?
-
Berapa banyak kah pelabur dari timur tengah yang telah melabur atau akan melabur di negeri Selangor?
24) PERPUSTAKAAN SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?
-
Berapakah perbelanjaan bagi menambahkan judul buku setiap tahun?
-
Berapakah bilangan staf dan jumlah gaji serta elaun staf bagi setahun?
24) PENJAJARAN PROGRAM-PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap penjajaran semula Program-Program IPR Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada umum mengenai Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat yang telah diberhentikan?
24) KERETA-KERETA YANG DIPERTUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PEGAWAI DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggantikan kereta-kereta baru kepada semua Pegawai Daerah dan YDP pihak berkuasa tempatan memandangkan kereta-kereta mereka telah berumur lebih kurang 8 tahun selaras dengan Selangor sebuah Negeri Maju Jaya.
24) PERMOHONAN TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini bagi perkara di atas?
-
Bilakah kelulusan dapat diperolehi?
24) HAKISAN SEPANJANG PANTAI SELAT MELAKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan untuk setiap pantai di Negeri Selangor yang telah diluluskan untuk mengelakkan hakisan ombak.
24) PROGRAM SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik peserta dan kelompok sasar SPIES dari 2008 hingga 2013?
-
Bagaimanakah kejayaan dan impak program SPIES diukur?
24) KESESAKAN LALULINTAS AKIBAT PEMBANGUNAN BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa setiap pembangunan baru di sekitar perumahan lama tidak akan wujud sebarang masalah kesesakan laluintas dan masalah trafik di masa akan datang?
