24) INDUSTRI TERNAKAN AYAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?
-
Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?
-
Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?
24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
25) PENGIMPORTAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah SOP untuk memastikan pengawalan pencemaran alam sekitar di kawasan perindustrian dilaksanakan secara baik?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk meningkatkan kawalan pencemaran alam sekitar?
-
Nyatakan bilangan dan maklumat berkenaan lesen import sampah plastik yang diluluskan di Negeri Selangor.
25) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen yang telah diluluskan untuk pengoperasian kuari dengan mengikuti DUN?
-
Apakah impak positif dan negatif kepada Kerajaan atas penambahan aktiviti kuari?
-
Bagaimana untuk memastikan aktiviti kuari tidak melakukan pencemaran yang menjejaskan kehidupan penduduk?
25) HASIL KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah hasil kuari mengikut jenis kepada Kerajaan Negeri daripada tahun 2007-2011.
-
Senaraikan syarikat yang mendapat lesen mengeluarkan hasil kuari, serta tempoh lesen yang diberikan mengikut daerah.
-
Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kuari di kawasan Bandar tidak akan menimbulkan kacau ganggu dan pencemaran kepada penduduk yang mendiami sekitar kuari?
25) SYARIKAT KONSENSI TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syarikat, nilai dan tempoh kontrak serta lokasi untuk tempat letak kereta awam yang diswastakan mengikut pecahan PBT.
-
Mengapakah tempat letak kereta awam hendak diswastakan kepada syarikat konsensi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula perjanjian konsensi yang telah ditanda tangani?
25) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab Orang Asli yang digazetkan pada tahun 2016? Senaraikan
-
Berapakah tanah yang sedang dalam proses? Senaraikan tanah-tanah ini dan berapa lama proses ini telah diambil.
25) PUSAT KOMUNITI WANITA (PKW)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan program di bawah PKW dan jumlah peserta yang terlibat mengikut DUN?
-
Bagaimanakah pelaksanaan PKW dan manfaatnya kepada rakyat?
25) CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah GST yang dibayar oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri masingmasing pada 2016.
-
Nyatakan jumlah OUTPUT TAX yang telah di pulangkan.
-
Nyatakan jumlah GST yang dikategorikan sebagai pengecualian bagi kerja-kerja infrastruktur yang masih tertunggak
25) HALAL PARK
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Tanah revolusi hijau di Kampung Johan Setia Klang selepas negeri memutuskan membatalkan projek halal park?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengata
