25) PELANCONGAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan?
-
Jika ada, apakah strategi kerajaan untuk penaiktarafan pasar-pasar ini?
25) KAWASAN SIMPANAN HUTAN YANG DIGAZETKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah, lokasi serta tujuan kawasan hutan simpanan yang telah digazetkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2000 hingga 2008
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kawasan simpanan hutan yang telah disewa keluar untuk tujuan pertanian dan senaraikan kawasan tanah hutan yang telah diluluskan untuk tujuan pertanian mengikut pecahan daerah bagi tahun 2001-2011.
25) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini proses pembinaan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang dicadangkan sebelum ini ?
-
Sila nyatakan di manakah lokasi sebenar yang dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina tersebut dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan ?
-
Sila nyatakan apakah sebenar kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dan seterusnya menyebabkan cadangan pembinaan Pusat tersebut tergendala sehingga kini ?
25) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun 2012 secara perbandingan dengan tahun 2011 dan tahun kedua 2010,mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi setengah tahun yang pertama 2011 secara perbandingan dengan Negeri-negeri lain ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah pelaburan yang diperolehi khususnya daripada Negara-negara Arab sejak 2 tahun yang lepas ?
25) SYARIKAT KONSENSI TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syarikat, nilai dan tempoh kontrak serta lokasi untuk tempat letak kereta awam yang diswastakan mengikut pecahan PBT.
-
Mengapakah tempat letak kereta awam hendak diswastakan kepada syarikat konsensi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula perjanjian konsensi yang telah ditanda tangani?
25) DANA IKS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik Dana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah diagihkan mengikut daerah tahun 2009
25) CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah GST yang dibayar oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri masingmasing pada 2016.
-
Nyatakan jumlah OUTPUT TAX yang telah di pulangkan.
-
Nyatakan jumlah GST yang dikategorikan sebagai pengecualian bagi kerja-kerja infrastruktur yang masih tertunggak
25) Pengupayaan Surau
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kebanyakkan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?
25) SISTEM ADUAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah Sistem Aduan Awam Selangor kini digunapakai?
-
Apakah kelemahan dan kelebihan sistem aduan ini?
-
Adakah Kerajaan akan menambahbaik sistem tersebut, terutamanya dengan mengunakan aplikasi telefon bimbit, supaya memudahkan orang awam untuk melakukan aduan?
25) SURAU DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah semua surau di Hulu Selangor menerima sumbangan moreh bulan Ramadhan daripada Kerajaan Negeri pada tahun ini? Jika tidak, senaraikan surau yang tidak menerima sumbangan tersebut dan nyatakan sebabsebabnya.
-
Senaraikan kerja-kerja pembaikan atau naiktaraf surau yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di Hulu Selangor.
