26) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan setiap anak syarikat PNSB (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada)
26) RUMAH TERBENGKALAI/ PROJEK SAKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek perumahan yang terbengkalai?
-
Apakah statistik berkenaan projek rumah yang terbengkalai mengikut daerah?
26) MASALAH JALAN-JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan antara taman, jalan-jalan majlis, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan persekutuan yang berlopak, berlubang dan mendap akibat kerja-kerja tambakan dan penurapan yang tidak berkualiti ?
-
Bagaimanakah pengurusan tanggungjawab antara majlis, JKR negeri dan JKR pusat dalam memantau projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur negeri?
26) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran PWB dalam membantu golongan wanita dalam sektor pembangunan ekonomi rumah tangga pasca COVID 19?
-
Bagaimanakah struktur perlantikan penyelia PWB yang terkini dilantik?
-
Adakah masih menggunakan kuota parti politik atau memberikan kuasa kepada pihak adun melantik penyelia PWB?
26) PERMOHONAN TANAH UNTUK SJKC DAN SJKT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan untuk permohonan tanah untuk SJKC San Yuk, SJKC Chap Kuan dan SJKT Rawang untuk kegunaan sekolah?
26) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Sama ada Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT telah ditubuhkan? Sekiranya ya sila nyatakan tarikh penubuhan dan siapakah ahliahli Jawatankuasa tersebut.
-
Bilakah Jawatankuasa Audit Luar bagi Majlis Perbandaran Klang akan ditubuhkan dan sama ada saya akan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa tersebut?
26) KILANG SISA PLASTIK IMPORT HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Memandangkan tolakan dari orang awam yang tegas terhadap kilang sisa plastik import haram, Apakah polisi kerajaan Selangor berkenaan perkara sebegini ?
-
Berapa permit telah dikeluarkan untuk kelulusan proses sisa-sisa plastik import?
26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?
-
Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?
26) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah pembeli Rumah Selangorku berjaya atau gagal untuk mendapatkan pinjaman bank?
-
Untuk mereka yang gagal, berapakah telah ditawarkan skim sewa beli rumah?
-
Berapakah unit Rumah Selangorku yang telah telah dilancarkan dan berapakah unit ini yang masih belum dijual?
26) PEMBASMIAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha untuk membasmi tikus dan keberkesanannya mengikut PBT masing-masing
-
Nyatakan kos yang dibelanjakan untuk membasmi tikus mengikut PBT masingmasing
-
Adakah Kerajaan menyediakan pelan komprehensif untuk mengatasi masalah tikus yang semakin membimbangkan
