26) INAP DESA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan produk inap di Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi dan program kerajaan negeri untuk memastikan produk Inap Desa di Selangor terus berdaya maju?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah sumbangan produk ini terhadap pelancongan negeri?

    Klik jawapan »

26) BANTUAN PENDIDIKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kebajikan kepada rakyat, bilakah pemberian bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, pemberian bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah dan pemberian hadiah RM1,OOO kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Di manakah tempatnya dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membolehkan rakyat Negeri Selangor dapat menuntut bantuan-bantuan berkenaan

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan sepenuhnya nurseri, pra sekolah dan universiti yang bakal mendapat bantuan dan hadiah berkenaan

    Klik jawapan »

26) MASALAH TANAH KUBUR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Masalah kemasyarakatan berkait rapat dengan keagamaan sama ada bagi orang hidup atau orang mati. Sebagai orang hidup yang bertanggungjawab kita juga perlu menyelesaikan masalah orang mati. Mengapakah masalah tanah kubur di Bandar Utama Batang Kali dan Ulu Yam Bharu telah lama hingga ke hari ini masih tidak dapat diwartakan

    Klik jawapan »

26) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima mengikut rekod kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga 2010?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik penggunaan peruntukan tersebut mengikut daerah dan jumlah jalan raya (km) yang diselenggara?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan lain?

    Klik jawapan »

26) H1N1

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik pesakit positif H1N1 dan gejala menyerupai H1N1 di Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan negeri untuk membendung gejala H1N1?

26) STATUS PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan ada menetapkan konsep Willing Buyer & Willing Seller bagi penstrukturan dan pengambilalihan syarikat operator air oleh kerajaan negeri. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelesaikan pengambilalihan syarikat operator air berdasarkan konsep tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai tawaran kerajaan ngeri untuk pengambilalihan ini dan nilai sebenar dari syarikat operator air?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme dan dari manakah sumber kewangan negeri untuk pengambilalihan ini?

    Klik jawapan »

26) HUTANG TALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Mengikut laporan media, tanah BB2 telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan harga RM113 juta, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh beli dengan harga RM345 juta? Berapa jumlah Kerajaan Negeri telah membayar kepada Talam?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan Kerajaan Negeri ke atas Menara Pandan dan Ukay Perdana?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip semula kesemua hutang RM392juta?

    Klik jawapan »

26) PENYELENGGARAAN BAHAGIAN LUAR KUBAH MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI SELANGOR)

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kekerapan proses mencuci bahagian luar kubah dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukkan disediakan untuk mencuci bahagian luar kubah tersebut setahun?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos keseluruhan penyelenggaraan Masjid Negeri setiap tahun?

    Klik jawapan »

26) PERTANIAN MODEN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah konsep dan rancangan yang terkandung dalam sektor pertanian moden?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan untuk memajukan atau membantu sektor pertanian konvensional melalui transformasi ke pertanian moden?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan digunakan untuk pembangunan sektor pertanian moden bagi tahun 2008,2009?

    Klik jawapan »

26) PEWARTAAN TANAH KAMPUNG ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam melakukan pewartaan tanah bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »