42) PROJEK DATUM JELATEK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek Datum Jelatek di Taman Keramat Kuala Lumpur
-
Apakah status terkini berkaitan aduan penduduk di kawasan terlibat, apakah telah diselesaikan?
-
Benarkah dakwaan yang mengatakan projek ini membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing?
42) PREMIUM RUMAH KEDAI YANG MELAMPAU TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah rumah kedai di Pekan Sekinchan yang bakal tamat tempoh pajakan 60 tahun.
-
Sila nyatakan kenapa kadar penilaian semasa JPPH meningkat dengan mendadak setiap tahun.
-
Sila huraikan insentif yang bakal diberikan oleh KNS untuk meringankan bebanan rakyat.
42) JAMBATAN KE 3 KLANG FASA 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah progres pembangunan projek?
-
Berapa nilai projek?
-
Adakah kerajaan telah menyiapkan tempat ganti warung MPK yang perlu dirobohkan bagi tujuan memberi laluan untuk projek ini diteruskan?
42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?
-
Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?
42) PERUNTUKAN MARRIS DUN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Terdapat beberapa kes di mana kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS bagi PBT MPS dan MBSA hanya bermula di dalam bulan September & Oktober 2016. Mengapakah berlaku kelewatan melaksanakan kerja tersebut?
42) TENDER PROJEK MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT (MDKL) DARI TAHUN 2013 HINGGA BULAN JULAI 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek MDKL dari Tahun 2013 hingga bulan Julai 2015.
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Morib, Telok Datok dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos yang berjaya memperolehi tender setiap projek.
42) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada KSSB?
-
Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh KSSB?
-
Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar aleh KSSB?
42) PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah KPI program kerajaan dalam usaha membantu nasib pekerja ladang?
-
Berapa ramaikah pekerja ladang yang telah mendapat bantuan kerajaan mengikut daerah dan apakah bentuk bantuan yang diberikan?
42) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima pembiayaan Program HIJRAH dan berapakah jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan statistik peminjam mengikut DUN serta kategori kaum dan umur.
42) JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pegawai kontrak di pejabat SUK dan senaraikan mengikut jawatannya?
-
Apakah kerajaan negeri berhasrat memberikan jawatan tetap kepada penjawat kontrak tersebut?
