42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?
-
Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?
42) TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tempat letak kereta awam yang disediakan oleh MPSJ berbanding dengan pengendali swasta di kawasan komersil SS15, Taipan (USJ 9) dan (USJ 10)?
-
Nyatakan jumlah wang yang dikutip oleh MPSJ setiap bulan daripada orang awam dan pengendali swasta di kawasan-kawasan tersebut
-
Senaraikan butir-butir pengendali swasta yang terlibat.
42) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang telah beberapa kali dilanjutkan tempoh pemutihan.
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.
42) ANAK SYARIKAT YANG MEMBAYAR ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan nyatakan jumlah pembayaran
42) PROGRAM IKTISASS SEJAK 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan setiap tahun telah digunakan dan baki peruntukan terkini?
-
Berapa ramai dan industri manakah pelatih-pelatih telah berjaya diserapkan sejak ianya ditubuhkan?
-
Agensi/ syarikat manakah serta jumlah pelatih yang telah berjaya dilahirkan?
42) Pencemaran Di Loji Rawatan Air
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan berlakunya pemcemaran loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah jumlah syarikat yang telah diambil tindakan undang-undang?
-
Nyatakan nama syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang.
42) PENANGKAPAN HAIWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butir-butir kontraktor yang dibayar untuk penangkapan haiwan dari tahun 2003-2008 di semua PBT.
-
Butir-butir lengkap pembayaran yang dibuat kepada kontraktor di atas seperti amaun pembayaran, tarikh pembayaran, jenis haiwan dan bukti penangkapan
-
Nyatakan lokasi atau tempat simpanan haiwan yang telah ditangkap (sama ada disimpan di dalam lori ataupun di dalam tempat kurungan haiwan).
42) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh ÊKDEB?
42) PUSAT TAHFIZ UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian pelajar setelah 3 tahun beroperasi?
-
Adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik (infra, guru terlatih) serta pembiayaan kepada pelajar yang dhaif?
42) PREMIUM RUMAH KEDAI YANG MELAMPAU TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah rumah kedai di Pekan Sekinchan yang bakal tamat tempoh pajakan 60 tahun.
-
Sila nyatakan kenapa kadar penilaian semasa JPPH meningkat dengan mendadak setiap tahun.
-
Sila huraikan insentif yang bakal diberikan oleh KNS untuk meringankan bebanan rakyat.
