42) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang telah beberapa kali dilanjutkan tempoh pemutihan.
-
Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.
42) Pencemaran Di Loji Rawatan Air
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan berlakunya pemcemaran loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah jumlah syarikat yang telah diambil tindakan undang-undang?
-
Nyatakan nama syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang.
42) PROGRAM IKTISASS SEJAK 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan setiap tahun telah digunakan dan baki peruntukan terkini?
-
Berapa ramai dan industri manakah pelatih-pelatih telah berjaya diserapkan sejak ianya ditubuhkan?
-
Agensi/ syarikat manakah serta jumlah pelatih yang telah berjaya dilahirkan?
42) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh ÊKDEB?
42) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM SOKONGAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Daripada jumlah RM30 juta geran ini berapakah pecahannya yang bakal disalurkan ke sekolah agama rakyat, SKJ(T) dan SJK(C)?
-
Apakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyalurkan geran ini dalam menyediakan kemudahan asas pendidikan?
-
Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyaluran geran ini?
42) PUSAT TAHFIZ UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian pelajar setelah 3 tahun beroperasi?
-
Adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik (infra, guru terlatih) serta pembiayaan kepada pelajar yang dhaif?
42) TAPAK PERKUBURAN ISLAM DI TAMAN BUKIT TERATAI/SUNGAI SEPUTEH, LOT 16339.908, KAWASAN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan perkembangan projek tersebut
-
Adakah projek tersebut dapat kelulusan dari Pejabat Daerah, MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor.
-
Apakah peranan ADN dalam perkara ini?
42) PENGAMBILALIHAN HUTANG PEMBELIAN RUMAH PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Terdapat tuntutan rakyat yang kurang berkemampuan agar PKNS mengambil alih hutang mereka untuk meringankan beban pemilikan rumah sepertimana pengambilalihan hutang Talam oleh kerajaan negeri. Apakah rasional PKNS mengambilalih pemilikan rumah mereka yang terbabit bukan hutang mereka?
-
Mengapakah PKNS tidak bersedia mengambilalih hutang tersebut sebagai sebahagian tanggungjawab sosialnya?
-
Adakah polisi untuk menyediakan rumah mampu milik PKNS?
42) KEADAAN ALAM SEKITAR SEMAKIN MEROSOT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan semasa Projek Pembersihan Sungai Klang yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah kilang di tepi Sungai Klang terpaksa dipindahkan kerana projek pembersihan Sg. Klang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pemilik-pemilik kilang kerana terjejas dalam projek pembersihan ini?
42) KONTRAKTOR ALAM FLORA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
33 kontraktor di bawah Alam Flora Sdn Bhd mendakwa tunggakan RM18 juta bayaran untuk kerja-kerja pembersihan awam di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) juga pernah diberi bantuan kewangan untuk membayar hutang kepada Alam Flora Sdn Bhd. Bagimanakah masalah ini boleh berlaku?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tunggakan bayaran?
-
Adakah pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mempunyai keupyaan kewangan untuk menyelsaikan masalah tersebut?
