46) PEMBANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil atas pembangunan yang terbengalai lebih daripada 20 tahun di hadapan Pusat Beli Belah Damen yang terletak antara Persiaran Subang Permai dan Persiaran Kewajipan?
46) BINAAN TAPAK PERKUBURAN CINA DI KAMPUNG BUKIT CERAKAH YANG TERUS MENDAPAT BANTAHAN PENDUDUK SEKITAR TAPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kelulusan tapak tersebut selepas bantahan?
-
Apakah manfaat besar yang penduduk sekitarnya akan perolehi sekiranya ia diteruskan?
-
Apakah implikasi kepada kerajaan jika pembatalan atau pindaan dibuat atas kelulusan ini?
46) HAL EHWAL ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah buah sekolah SRA dan MITS yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk tempoh 2013-2015?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut?
-
Berapa ramaikah rakyat Selangor menerima bantuan zakat sehingga 2015 dan nyatakan mengikut kategori dan daerah masing-masing?
46) PEMANTAUAN DAN PENYELENGGARAAN CERUN-CERUN DAN LERENG-LERENG BUKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu MPAJ memantapkan Jabatan Kejuruteraan dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pemantauan dan penyelenggaraan cerun-cerun dan lereng-Iereng bukit dalam jajaran di Ampang bagi mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh
46) ADUAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah aduan yang diterima melalui sistem STARS mengikut daerah dan berapa banyakkah yang sudah diselesaikan ?
46) KOLEJ DAN UNIVERSITI MILIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada kolej dan universiti milikan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan kolej seperti Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) bagi membantu golongan muda di daerah yang lain? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
46) PEMBAKARAN TERBUKA DI TANAH PERSENDIRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes pembakaran terbuka yang telah diterima dan diselesaikan sepanjang tahun 2017?
-
Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan kes-kes ini tidak berulang?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri terutama di Kampung Johan Setia?
46) PERTUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP KAWASAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah status pertubuhan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri?
46) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kejayaan utama kerajaan dalam melonjakkan aktiviti pertanian.
-
Adakah kerajaan bersedia membantu memberi subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?
-
Sudah adakah Tabung Petani/ Nelayan untuk menjaga kebajikan diri dan keluarga?
46) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan ladang dalam Selangor yang direkodkan oleh kerajaan?
-
Berapa ramaikah jumlah pekerja ladang yang dapat direkodkan oleh kerajaan mengikut daerah?
-
Apakah usaha dan pencapaian kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan/kediaman pekerja ladang?
