46) PENERANGAN SECARA TELITI MENGENAI PROJEK K-INOVASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila terangkan apakah Projek K-Inovasi yang dilaksanakan di Pangsapuri Kenanga Gombak dan JMB Iris, Saujana Utama secara terperinci dan apakah jenis bantuan yang telah diberikan kepada pihak JMB?
-
Apakah Pusat Kitar Strata?
46) DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah afirmatif yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan kes denggi berkurangan?
-
Berapakah kos yang diperuntukkan untuk tujuan ini, dan nyatakan kos perkara yang dibelanjakan?
46) GETARAN BUMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan kecemasan jika berlakunya getaran bumi yang menyebabkan bencana?
-
Adakah agensi-agensi dalam negeri telah diberi taklimat berkenaan perkhidmatan kecemasan dan bantuan bencana?
46) SAMBUNGAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek sambungan jalan dari KLIA ke Agroteck Ulu Chuchoh FT5 akan dimulakan?
46) HAL EHWAL ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah buah sekolah SRA dan MITS yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk tempoh 2013-2015?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut?
-
Berapa ramaikah rakyat Selangor menerima bantuan zakat sehingga 2015 dan nyatakan mengikut kategori dan daerah masing-masing?
46) PENDAPATAN PASIR TERKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?
-
Apakah penjelasan kerajaan bahawa harga pasir di Selangor tinggi berbanding negeri-negeri jiran?
46) MEMBINA RUMAH PAM UNTUK KAWASAN RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat cadangan mewujudkan rumah pam bagi kawasan rendah untuk mengeluarkan air ke sungai berhampiran?
-
Adakah kerajaan negeri mewujudkan data kawasan yang kerap terkena banjir kilat di dalam negeri Selangor?
-
Apakah tindakan susulan terhadap masalah banjir kilat ini?
46) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kawasan ladang dalam Selangor yang direkodkan oleh kerajaan?
-
Berapa ramaikah jumlah pekerja ladang yang dapat direkodkan oleh kerajaan mengikut daerah?
-
Apakah usaha dan pencapaian kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan/kediaman pekerja ladang?
46) STATUS PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan membina gelanggang bola keranjang jenis bumbung di Telok Bunut, Banting; i) Sila menyatakan kos pembinaan yang terlibat; ii) Maklumat kontraktor yang dilantik.
46) AKTIVITI PENGELUARAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Adalah dimaklumi kawasan Berjuntai Bestari dan Pesisir Sungai Selangor adalah di antara kawasan utama bagi penghasilan pasir di Negeri Selangor. Senaraikan syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan untuk mengendalikan pengeluaran pasir di kawasan berkenaan bermula daripada April 2008?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang telah dibatalkan kelulusan untuk mengendalikan pengeluaran pasir di kawasan berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi membanteras aktiviti mencuri pasir?
