67) PEMBAIKAN JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan pembaikan jalan-jalan kampung yang disediakan di setiap Daerah di Negeri Selangor.
-
Bagaimanakah perlaksanaan kerja-kerja tersebut di jalankan secara undian atau sebut harga
67) IKLAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram?
-
Berapakah kos yang telah ditanggungkan oleh setiap PBT untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh iklan haram?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram yang masih berlarutan?
67) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah sasaran dan pencapaian kerajaan dalam rancangan penempatan perkampungan orang asli di kawasan-kawasan yang telah diwartakan untuk pembangunan?
-
Berapakah jumlah keluasan tanah dilupuskan untuk penempatan semula dan perbelanjaan yang terlibat dalam pembangunan masyarakat orang asli di Selangor bagi tahun 2008-2009?
-
Apakah rancangan untuk mempertingkatkan status sosio-ekonomi dan pemeliharaan warisan masyarakat Orang Asli?
67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?
67) SUMBANGAN EKONOMI MENGIKUT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah sumbangan ekonomi Negeri Selangor mengikut pecahan DUN.
67) PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep, matlamat dan perincian program Wanita Ladang ( WALA) ?
-
Apakah pencapaian dan impak keberkesanan program ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dan para penerima bagi geran RM1.2 juta yang telah dibelanjakan?
67) PENYEWAAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 6/2 PANDAN PERDANA, DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan semua butir-butir yang terkandung di dalam kontrak penyewaan kawasan lapang di lokasi tersebut
-
Sila nyatakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam penyewaan kawasan lapang tersebut di atas dan siapakah pengarahnya dan modal syarikatsyarikat?
-
Sila nyatakan kadar sewa untuk kawasan lapang tersebut?
67) FENOMENA JEREBU DAN WABAK H1N1
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Fenomena jerebu dan wabak H1N1 sedang melanda Negeri Selangor. Yang membimbangkan ialah kesan khasnya kepada industri pelancongan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani kesan buruknya kepada industri pelancongan ?
67) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang direkodkan mengikut DUN dan pecahan kaum?
-
Apakah terdapat kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dan agensi yang berkaitan untuk membantu golongan ibu tunggal?
67) PEMANTAUAN PEMBANGUNAN DI CERUN-CERUN BUKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di kawasan bukit dan takungan air di kawasan Hulu Kelang sejak 15 tahun yang lalu telah mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Sila nyatakan pandangan dan ulasan daripada pihak-pihak Jabatan Kerja Raya (Bahagian Cerun), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam memberikan pelupusan secara pemberimilikan kawasan-kawasan tanah kerajaan tersebut.
-
Sila kemukakan nama-nama syarikat pemaju, nama-nama pengarah syarikat pemaju dan nama-nama projek berkenaan yang telah mendapat kelulusan untuk memajukan tanah-tanah yang telah mendapat pemberimilikan tanah kerajaan tersebut.
-
Sila kemukakan senarai kejadian tanah runtuh yang melibatkan projek-projek yang telah mendapat pandangan dan ulasan pihak-pihak di atas serta nyatakan apakah tindakan penalti yang telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan pengarah-pengarah syarikat pemaju berkenaan
