67) IKLAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram?
-
Berapakah kos yang telah ditanggungkan oleh setiap PBT untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh iklan haram?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram yang masih berlarutan?
67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?
67) SUMBANGAN EKONOMI MENGIKUT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah sumbangan ekonomi Negeri Selangor mengikut pecahan DUN.
67) PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN DI LERENG-LERENG BUKIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Pembangunan hartanah yang melibatkan perumahan dan komersil dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dan Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ) banyak melibatkan pembangunan di lereng-Iereng bukit dan cerun yang sering kali mengancam keselamatan penduduk dan orang awam serta mencemarkan alam sekitar. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) untuk kerja-kerja pemantauan tapak bina dalam Negeri Selangor?
-
Apakah jaminan IKRAM untuk memindahkan teknologi dan kepakaran kejuruteraan kepada jurutera-jurutera dan golongan teknikal di semua Pihak BerkuasaTempatan ( PBT) dalam tempoh perjanjian ini supaya Kerajaan Negeri tidak terlalu bergantung kepada IKRAM di masa yang akan datang?
-
Kajian dan cadangan yang dikemukakan oleh IKRAM sering kali gagal diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan kerana implikasi kewangan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan segera yang dicadangkan oleh IKRAM khususnya dalam keadaan kecemasan dan bencana yang berlaku secara mengejut
67) PERLAKSANAAN OSCC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah nilai tambah yang disuntik dalam memberdaya perlaksanaan Pusat Krisis Sehenti (OSCC)?
-
Apakah ada peningkatan yang signifikan dari segi aduan yang dilaporkan kepada OSCC, sila berikan data-data terkini kegunaan tanah bagi 3 bulan terakhir
-
Apakah kes-kes yang paling popular dilaporkan kepada OSCC?
67) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang direkodkan mengikut DUN dan pecahan kaum?
-
Apakah terdapat kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dan agensi yang berkaitan untuk membantu golongan ibu tunggal?
67) PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep, matlamat dan perincian program Wanita Ladang ( WALA) ?
-
Apakah pencapaian dan impak keberkesanan program ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dan para penerima bagi geran RM1.2 juta yang telah dibelanjakan?
67) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi penjelasan bagaimana peruntukan fasa pertama tahun 2011 sebanyak RM2juta telah digunakan untuk menyelenggara kerosakan rumah pangsa kos rendah di Selangor.
-
Meminta kerajaan menyeranaikan rumah pangsa kos rendah yang telah menerima peruntukan, saiz peruntukan yang diterima serta lokasi-lokasi rumah pangsa dan bilangan unit yang ada.
67) STATUS TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan tanah PN8623 Lot49365 Mukim Petaling yang telah disatukan dengan PM130 Lot37563 Mukim Damansara, apakah status terkini selepas pengeluaran surat kelulusan dan Borang 5A pada 5 Mac 2019?
67) I.P.T – DALAM HADIAH MASUK IPT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah syarat-syarat kelayakan menerima hadiah tersebut di longgarkan mengikut kesesuaian pendapatan dan tanggungan (umpamanya tanggungan anak yang ramai dan pendapatan gaji yang kurang)?
-
Bolehkah diterima ibu bapa yang menetap di sempadan dan anak yang dilahirkan di sempadan wilayah persekutuan diterima-bolehkah dilonggarkan syarat-syarat tersebut?
