67) JETI PENDARATAN IKAN DI BAGAN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jeti tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos pembinaan jeti pendaratan ikan?
-
Sila nyatakan kapan jeti pendaratan ikan tersebut akan dibina bagi menyelesaikan masalah rutin harian nelayan dan pengusaha ikan?
67) STATUS RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini rumah Selangorku yang telah siap dibina dan berapakah unjuran sasaran pembinaan rumah menjelang 2018
-
Berapakah jumlah pemohon sehingga kini dan adakah Kerajaan Negeri ada memberi apa-apa maklum balas mengenai status permohonan mereka?
67) PROGRAM KEUSAHAWANAN HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kelayakan peserta Hijrah ditentukan? Berapa ramai yg telah menyertainya, mengikut jantina tahun 2015?
-
Apakah prosedur dan proses pemantauannya?
-
Adakah konsep bimbingan dan latihan keusahawanan menjadi ciri skim Hijrah?
67) PENYEWAAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 6/2 PANDAN PERDANA, DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan semua butir-butir yang terkandung di dalam kontrak penyewaan kawasan lapang di lokasi tersebut
-
Sila nyatakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam penyewaan kawasan lapang tersebut di atas dan siapakah pengarahnya dan modal syarikatsyarikat?
-
Sila nyatakan kadar sewa untuk kawasan lapang tersebut?
67) FENOMENA JEREBU DAN WABAK H1N1
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Fenomena jerebu dan wabak H1N1 sedang melanda Negeri Selangor. Yang membimbangkan ialah kesan khasnya kepada industri pelancongan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani kesan buruknya kepada industri pelancongan ?
67) PENGUMPULAN RUMPUT YANG DIPOTONG, DAUN POKOK DAN SAMPAH KEBUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran purata kuantiti rumput, daun dan sampah kebun di PBT pada 2013?
-
Apakah rancangan untuk menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai baja kompos?
-
Berapakah anggaran kos bagi membangunkan sistem kompos di PBT?
67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?
67) SUMBANGAN EKONOMI MENGIKUT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah sumbangan ekonomi Negeri Selangor mengikut pecahan DUN.
67) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
-
Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?
67) IKLAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram?
-
Berapakah kos yang telah ditanggungkan oleh setiap PBT untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh iklan haram?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram yang masih berlarutan?
