67) PEMBANGUNAN BANDARAYA SHAH ALAM KIAN PESAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pengangkutan darat di Bandar Shah Alam?
-
Apakah usaha pengangkutan untuk menghubungkan pusat-pusat komersial di MBSA?
67) WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengoptimumkan tenaga kerja wanita di bandar dan luar bandar tanpa membawa mereka keluar jauh dari keluarga dan tempat tinggal mereka sendiri, dan pada masa yang sama tidak menafikan hak dan tanggungjawab mereka dalam bidang pekerjaan?
-
Apakah program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh 2008-2013 bagi melahirkan wanita sihat, dan sejauh manakah keberkesanan program tersebut, serta bagaimanakah program tersebut akan dipergiatkan, dan apakah fokus terkini bagi program ini?
68) PENCEMARAN KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Terdapat kilang yang sah beroperasi tetapi menyebabkan pencemaran akibat kedudukan yang hampir dengan kawasan kediaman misalnya pencemaran kilang simen di Kampung Desa Aman, Sungai Buluh. Adakah kerajaan negeri bercadang memindahkan kilang-kilang berkenaan ke kawasan lain?
-
Adakah berlaku penyelewengan dan pelanggaran garis panduan perancangan sehingga menyebabkan masalah ini terjadi?
-
Adakah garis panduan kawasan industri dan kediaman disediakan serta pematuhannya dipantau oleh PBT-PBT?
68) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri melalui struktur dan institusi awam dalam menjamin hak kanak-kanak kurang upaya untuk menerima pendidikan menuju ke arah pendidikan inklusif sepertimana disyorkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)?
-
Apakah kekangan yang dihadapi, jika ada?
68) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembatalah Warta Kerajaan Negeri Selangor (No. 2173) bertarikh 2 Julai 2009 yang melibatkan kawasan lapang di Lot 38163, Derah Petaling di Jalan PJS 7/13 dan penggantian yang sama di sebahadian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?
68) PORTFOLIO EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah struktur portfolio-portfolio EXCO kini, struktur yang telah disusunkan semula atau struktur lama sebelum pentadbiran baru, 2008?
-
Adakah pihak negeri akan melakukan susunan semula struktur portfolio-portfolio EXCO untuk meletakkan portfolio=portfolio yang serupa sebagai contoh, Kerajaan Tempatan dengan Infrastruktur dan Kemudahan Awam bawah satu EXCO?
68) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah mampu milik yang telah dibina dan sedang dibina melalui program Rumah Mampu Milik kerajaan negeri Selangor setakat ini dari mula ianya dilaksanakan?
-
Sila nyatakan kedudukan Rumah Mampu Milik yang telah siap dibina dan nyatakan jumlahnya di setiap kawasan?
-
Berapakah anggaran peratusan tawaran rumah mampu milik ini setahun dibandingkan dengan pasaran rumah mampu milik di seluruh negeri Selangor?
68) APAKAH PROGRAM IPR YANG DIBATALKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah program Initiatif Peduli Rakyat yang sudah dan bakal dibatalkan?
68) PELABUR CHINA DAN ARAB SAUDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap pelabur dari China dan Arab Saudi?
-
Apakah cabaran yang dihadapi untuk membawa masuk pelabur dari negara tersebut?
68) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan ladang-ladang dan Projek ÐProjek milik PKPS yang mencatat keuntungan sejak 3 tahun yang lalu ?
-
Sila senaraikan Syarikat ÐSyarikat dan Projek Usahasama PKPS yang mencatat kerugian sejak 3 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah langkah Ðlangkah proaktif yang dilakukan bagi memastikan semua bidang pertanian yang diceburi oleh PKPS mencapai sasaran yang ditetapkan dan sekaligus mendatangkan keuntungan untuk PKPS?
