68) PROGRAM ZON BERSIH DAN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Kebersihan dan keindahan kawasan adalah penting dari segi 'quality of life'. Adakah Kerajaan Negeri akan menghidupkan semula Program Zon Bersih dan Program Zon Hijau tahun depan?
68) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran "sifar beg plastik" sejajar dengan "Road Map Zero Single-Use Plastic 2018-2030" yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)?
68) PELAKSANAAN GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri yang akan menerima kenaikan gaji selaras dengan pelaksanaan gaji minima yang diumumkan YAB DatoÕ Menteri Besar ?
68) TANAH PERTANIAN DAN BANTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang telah diusahakan untuk tujuan pertanian sejak sekian lama tetapi masih belum memiliki hak milik dan apakah bantuan yang boleh diberikan?
68) LATIHAN KEPADA GOLONGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan mensasarkan supaya para belia dilatih dan disediakan pekerjaan yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. Apakah status kejayaan program tersebut?
-
Apakah bidang-bidang ekonomi strategik yang boleh disertai oleh para belia?
68) SEWA PERUMAHAN PKNS DINAIKKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini dikatakan pihak PKNS telah menaikkan harga sewa rumahnya. Berapakah kadar kenaikan sewa oleh PKNS?
-
Berapakah jumlah unit rumah sewa PKNS?
-
Mengapakah rumah-rumah PKNS ini tidak terus dijual bukan untuk disewa?
68) PASUKAN RESPONS BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas untuk menangani bencana seperti banjir kilat dan sebagainya yang banyak terjadi?
-
Adakah Kerajaan Negeri hanya bergantung dengan jabatan dan agensi pusat sahaja?
68) DISKRIMINASI GENDER
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah yang dimaksudkan dengan diskriminasi gender?
-
Sejauh manakah diskriminasi gender berlaku di Selangor?
-
Bagaimanakah cara mengatasinya?
68) KAWASAN PERINDUSTRIAN YANG TELAH DIMAJUKAN OLEH PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sejumlah 7,402 ekar kawasan tanah di lapan daerah di Negeri Selangor termasuk 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perindustrian. Berapakah hasil keuntungan PKNS dari keseluruhan projek pembangunan ini?
-
Berapakah hasil yang diperoleh oleh setiap Pejabat Daerah yang terlibat daripada cukai tanah kawasan yang telah dibangunkan untuk perindustrian ini?
-
Apakah status dahulu dan kini tanah seluas 93 ekar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dimajukan oleh PKNS?
68) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah status terkini pusat teater tersebut.
-
Sila nyatakan bagaimanakah sumbangan Pusat Teater Shah Alam kepada pembangunan seni dan kebudayaan Selangor?
-
Sila kemukakan jumlah kos penyelenggaraan tahunan pusat teater tersebut.
