72) CUKAI SAMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perlaksanaan cukai sampan?
-
Nyatakan kadar yang bakal dikenakan kepada para nelayan?
-
Bilakah cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan cukai tersebut?
72) TANAH RIZAB MELAYU SG TELAGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria yang digunapakai ketika menukar status Tanah Rizab Melayu Sg Telaga yang telah diusahakan selama 30 tahun oleh 50 penduduk Kg Kemensah menjadi Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan?
-
Apakah faktor-faktor yang diambilkira oleh Kerajaan bersetuju dengan tindakan Jabatan Perhutanan Selangor menukar status kawasan kebun buah-buahan menjadi Hutan Simpan Kekal dengan kurang mengambil kira kesesuaian tindakan tersebut dan nasib penduduk yang mengusahakan?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membela nasib 50 penduduk yang mengusahakan tanah tersebut?
72) JUMLAH TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tanah milik Kerajaan Selangor yang digazetkan sebagai hutan simpanan kekal ?
-
Berapakah bilangan yang diluluskan untuk permohonan TOL dan geran milik kekal sepanjang tahun 2008 hingga 2011 ?
72) RUMAH PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kawasan perumahan yang mampu didiami oleh golongan berpendapatan rendah?
72) PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah telah beroleh kebenaran merancang bina atas tanah- tanah wakaf?
-
Apakah status terkini pembangunan tanah di Jalan Teratai Dan Jalan Limau Dun Meru?
-
Bagaimanakah status pemilikan kepada pembeli bagi rumah dan tanah tersebut?
72) TADIKA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan yang diluluskan untuk pembinaan Tadika Rakyat?
-
Nyatakan kriteria pemilihan tapak Tadika Rakyat. Senaraikan Tadika Rakyat yang tela dikenal pasti dan anggaran kos bagi setiap satu.
-
Apakah prosedur bagi permohonan membina Tadika Rakyat di sesuatu kawasan?
72) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jenis Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor sehingga hari ini?
-
Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.
-
Berapakah penerima DUN Teratai yang mendapatkan manfaat daripada skim-skim MES sehingga hari ini?
72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?
-
Mengapa tiada usaha ke arah pembinaan masjid baru tersebut sehingga hari ini?
-
Adakah kutipan derma masjid masih dijalankan dan siapakah yang memegang amanah Tabung Pembinaan masjid baru berkenaan?
72) PASUKAN POLIS BANTUAN DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT DI SETIAP PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan akan menubuhkan pasukan polis bantuan di setiap Daerah?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam mewujudkan Negeri Selamat setelah penubuhan jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT?
72) PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kecurian pasir yang agak ketara pada waktu ini?
-
Berapakah jumlah yang telah diperoleh oleh Kerajaan sejak pengendalian diserah kepada Semester berbanding sebelum ini di urus oleh Pejabat Daerah dan pihak yang berkaitan?
