73) ISU PENIAGA PASAR BARU SELAYANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Peniaga Pasar Baru Selayang Baru memohon supaya caj parkir di kawasan tersebut dimansuhkan. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah ini?
73) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan cukai tanah terutamanya di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ÔKerajaan BerkebajikanÕ?
-
Kerajaan Negeri ada menubuhkan task force berkenaan tanah negeri, apakah hasil kajian, pemerhatian dan cadangan yang telah dikemukakan oleh task force ini?
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri berhubung dengan ÔpemberimilikanÕ tanah-tanah bagi setinggan, peneroka, TOL dan kampung baru?
73) SISTEM E-ADUAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Terdapatnya masalah kenalpasti pihak yang patutnya bertanggungjawab terhadap aduan lubang jalan, lampu jalan yang tidak berfungsi atau masalah-masalah lain semasa rakyat jelata ingin membuat aduan terhadap masalah-masalah tersebut, terutamanya kawasan-kawasan yang berada di sempadan antara dua PBT. Masalah ini bertambah serius semasa semua PBT tiada satu sistem yang sama untuk menerima aduan. Hal ini menyebabkan ahli-ahli majlis menjadi orang tengah yang menguruskan aduan dan masa yang boleh digunakan oleh mereka untuk membuat polisi telah dikurangkan. Adakah Kerajaan Selangor berhasrat untuk mengeluarkan satu aplikasi atau sistem untuk menyelaraskan semua aduan PBT demi memudahkan kaedah PBT-PBT menerima aduan daripada rakyat?
73) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus kejayaan pemutihan kilang haram dari 2008 hingga 2013?
-
Adakah Kerajaan Negeri melonggarkan syarat teknikal PBT supaya dapat mempercepatkan kaedah pemutihan?
-
Apakah langkah yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha kilang haram yang enggan diputihkan?
73) MUTU PERKHIDMATAN TENAGA NASIONAL BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan terdapat banyak aduan yang menyatakan ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan TNB terutamanya sewaktu perayaan Tahun Baru Cina ?
-
Sila nyatakan apakah punca sebenar masalah kekerapan gangguan pembekalan elektrik di DUN Sekinchan terutamanya sewaktu hari perayaan Tahun Baru Cina sejak beberapa tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah jaminan TNB terhadap kepuasan pengguna yang terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi setiap bulan tetapi perkhidmatan yang dijanjikan hanya indah khabar dari bayangan ?
73) KOLAM AIR UNTUK SUBANG JAYA DAN USJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kolam air dan water tower di Subang Jaya dan USJ dan lokasi setiap satu.
-
Sila nyatakan kapasiti setiap kolam air dan water tower.
-
Sila bekalkan pecahan kolam air dan water tower yang berfungsi dan tidak berfungsi.
73) PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha atau langkah Kerajaan Negeri untuk membantu menambahbaik perkhidmatan Pusat Khidmat DUN memandangkan kini wujud pertambahan beban tugas dan tanggungjawab di kalangan staf khususnya melibatkan proses pentadbiran dan pengurusan pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Negeri Selangor?
73) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pendakwaan kepada pihak-pihak yang menyebabkan pencemaran sungai sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air pada September dan Oktober tahun lepas?
73) PENGUATKUASAAN PAPAN IKLAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan papan iklan rumah kedai?
-
Apakah spesifikasi papan iklan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya papan iklan yang dipasang tidak mengikut spesifikasi?
73) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah keberkesanan program Hari Tanpa Plastik kepada sikap dan cara hidup rakyat negeri Selangor selepas program tersebut berjalan dalam tempoh 5 tahun ini?
-
Apakah kerajaan negeri sudah mempunyai model kejayaan pelaksanaan program Local Agenda 21 (LA21), jika ada, dan jika tiada, apakah kerajaan negeri ada cadangan mewujudkan suatu program perintis untuk dijadikan contoh bagaimana program LA21 boleh dijayakan?
