73) KOS PENYELENGGARAAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Tidak seperti Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan yang dapat peruntukan untuk membayar perbelanjaan pejabat, JKKK perlu menanggung segala perbelanjaannya termasuk membayar bil elektrik dan air bagi dewan JKKK. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi bantuan kewangan kepada JKKK?
73) PEMBELAAN KAUM PEKERJA – INSTITUT PEMBEDAYAAN PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Institut tersebut dalam kontek Akta Pehubungan Perusahaan 1967 , Akta Kerja , Akta Kesatuan Sekerja æ, ILO Konvensyen 87 dan 98 ?
73) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus kejayaan pemutihan kilang haram dari 2008 hingga 2013?
-
Adakah Kerajaan Negeri melonggarkan syarat teknikal PBT supaya dapat mempercepatkan kaedah pemutihan?
-
Apakah langkah yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha kilang haram yang enggan diputihkan?
73) KUTIPAN HASIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kutipan cukai tanah pada tahun 2011?
-
Apakah program-program yang positif yang dijalankan untuk menggalakkan masyarakat membayar cukai tanah?
73) CARA-CARA MEMBANTU ORANG MUDA UNTUK MENJADI PETANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila sebutkan langkah-langkah untuk membantu orang muda untuk menjadi petani
-
Apakah insentif yang diperolehi supaya menggalakkan orang muda menjadi petani?
-
Sila sebutkan langkah-langkah untuk memohon sebidang tanah untuk pertanian.
73) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci sehingga setakat ini,berapakah jumlah bilangan warga emas yang telah menyertai Program SMUE mengikut pecahan Dun masing-masing?
-
Sila kemukakan jumlah bilangan pewaris Ahli SMUE yang telah menerima manfaat setelah Ahli tersebut meninggal dunia sejak iannya dilancarkan?
-
Sila nyatakan apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memperkasakan SMUE supaya kebajikan para Ahli terus dibela?
73) PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan apakah yang telah dicapai, berapakah jumlah dana yang belum dibelanjakan serta perancangan program MES.
73) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan dan jumlah penerima Program Tajaan Biasiswa Menteri Besar untuk kursus ijazah lanjutan di Negeri Selangor sehingga kini.
-
Sila nyatakan status Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank) seperti yang diwar-warkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor 2013.
73) AIR PERCUMA UNTUK PENDUDUK DI PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan semua penduduk di pangsapuri dapat menikmati air percuma?
-
Berapa jumlah penduduk pangsapuri yang belum menikmati air percuma?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pengguna air yang mendakwa kerajaan negeri di mahkamah kerana tidak dapat menikmati air percuma?
73) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah populasi belia dalam Selangor dari tahun 2006-2009?
-
Apakah peratusan pengangguran belia di Selangor dari tahun 2006 hingga 2009?
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menggalakkan penglibatan belia yang menganggur dalam pembangunan negeri Selangor baik dari segi ekonomi, sosial mahupun budaya?
