73) TEMBOK PENGHALANG BUNYI YANG RUNTUH ANTARA USJ3A/4 DENGAN LEBUHRAYA ELITE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa supaya pembaikian dapat dibuat untuk tembok penghalang bunyi yang runtuh antara USJ3A/4 dengan Lebuhraya ELITE?
73) PEMELIHARAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjunjung Perjanjian Cancun?
-
Sila berikan jumlah penggunaan beg plastik di Selangor sebelum dan selepa kempen ÒNo Plastic Bag DayÓ.
73) MASALAH PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bagi mengimbangi populasi penduduk di Sabak Bernam yang lebih didominasi oleh warga emas. Apakah rancangan kerajaan menambah peluang pekerjaan yang banyak kepada anak muda di Sabak Bernam supaya mereka tidak berhijrah ke kawasan bandar?
73) SEBARAN MAKLUMAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar penggunaan FB dan media sosial yang lain oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan dasar-dasar mesra rakyat?
-
Mengapa edaran Selangorkini tidak diluaskan di tempat-tempat awam?
73) PEMBATALAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang di tetapkan kepada pemaju perumahan rumah Selangorku?
-
Apakah syarat-syarat yang tidak dipatuhi punca pembatalan?
-
Apakah nama pemaju dan projek yang terlibat pembatalan ini?
73) PENYELENGGARAAN BAHU JALAN, RUMPUT DAN PERPARITAN JALAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN BAWAH JKR DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah pihak MPK menuntut balik bayaran atas kerja-kerja kecemasan di bawah seliaan JKR?
-
Apakah tindakan terhadap kontraktor yang gagal patuh syarat pemotongan rumput?
-
Bilakah tempoh dapat diselesaikan masalah bahu jalan berlopak, rendah dan bertimbun tanah di DUN Meru?
73) LESEN HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan lesen dan premis hiburan yang diluluskan mengikut PBT-PBT?
-
Apakah bilangan pusat-pusat hiburan tanpa lesen yang dapat dikesan mengikut PBT PBT dan apakah langkah untuk menghapuskan pusat-pusat tersebut.
73) ASET PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memeterai jual beli bersyarat dengan Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) melibatkan tiga hartanah dan menerima manfaat wang tunai. Bagaimanakah status jual beli tersebut?
-
Berapakah nilai wang tunai yang telah diperolehi?
-
Apakah perancangan pengembangan perniagaan PKNS dengan wang yang diterima?
73) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif kerajaan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan tanah kerajaan dan rizab hutan simpan?
-
Berapa luaskah rizab hutan simpan kerajaan mengikut daerah?
-
Apakah jalan penyelesaian kerajaan bagi membantu peneroka rizab hutan simpan yang telah lebih 10 tahun menjadikannya sebagai tempat sumber pendapatan?
73) SENARAI TANAH DAN ASET MDKL DAN PTDKL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah komersial dan aset perniagaan kepunyaan MDKL dan PTDKL di dalam dan di luar Kuala Langat.
-
Nyatakan samada aset tersebut masih kosong atau tertakluk kepada mana-mana perjanjian JV.
-
Apakah perancangan PTDKL terhadap bangunan PTDKL lama?
