74) PENDAPATAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Adakah pendapatan Kerajaan seperti kutipan cukai di Majlis dan Pejabat Tanah dipengaruhi oleh PKP?
-
Berbanding dengan prestasi tahun lepas, berapa bezanya pendapatan Kerajaan?
-
Apakah cara atau strategi yang akan diambil demi meningkatkan pendapatan Kerajaan Selangor?
74) ORANG ASLI ISLAM DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Orang Asli Islam di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan bantuan Hari Raya kepada mereka dan jumlahnya?
74) AKTIVITI PROMOSI DAN IKLAN PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Pelancongan mempunyai potensi tinggi Êdalam meningkatkan pendapatan negeri. Adakah kerajaan akan Êmeningkatkan belanjawan untuk aktiviti promosi dan iklan pelancongan di Selangor?
74) IT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan masih meneruskan menyediakan perkhidmatan wifi percuma di seluruh Selangor?
-
Berapakah kos setahun yang ditanggung kerajaan untuk penyediaan dan penyelenggaraan wifi itu?
-
Apakah masalah sebenar yang dihadapi sehingga terdapat di sesetengah lokasi, wifi yang disediakan gagal berfungsi dengan baik?
74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program ini dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah usaha PKNS untuk meningkatkan program ini?
74) SENARAI KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2007-2015 dan kos yang terlibat untuk setiap kajian tersebut
-
Adakah kajian tersebut akan dipaparkan dalam laman web dan boleh dibaca secara umum?
74) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah PKNS akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di daerah Petaling dalam masa lima tahun yang akan datang memandangkan keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik semakin meningkat di daerah Petaling?
-
Adakah PKNS akan menawarkan harga yang sama kepada semua kaum memandangkan kemiskinan ini tidak mengenal warna kulit?
74) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah sambutan pemaju dan pembeli bagi mengatasi masalah rumah terbengkalai yang dianjurkan oleh Exco Perumahan dan senaraikan projek perumahan yang telah diselesaikan.
74) PROJEK PENTERNAKAN BERSEPADU KHINZIR SECARA MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila perjelaskan dengan terperinci kenapa Projek Penternakan bersepadu Khinzir secara moden di Tumbuk, mendapat bantahan daripada bekas pemimpin yang kalah dalam pilihan raya 8 Mac yang lalu ?
-
Sudahkah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang yang memasang kain rentang anti penternakan khinzir yang berunsur hasutan di persimpangan Parit 5 Sekinchan?
-
Sila huraikan dengan terperinci bila dan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang disalurkan bagi tujuan lawatan dan tinjauan ke pusat Penternakan Bersepadu Khinzir secara moden di Jerman dan sertakan senarai penuh ahli rombongan tersebut ?
74) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan berapa banyak peruntukan diberi untuk menyelenggara rumah pangsa kos rendah di Selangor pada tahun 2012?
-
Meminta kerajaan memberi laporan ringkas tentang penggunaan peruntukan ini pada tahun 2011 termasuk memberi maklumat tentang kontraktor-kontraktor yang dipilih serta perkembangan terkini kerja-kerja penyelenggaraan.
