74) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan masa depan dan yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi tempat-tempat pelancongan seperti di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra, Paragliding, Rumah Api Bukit Jugra, Muzium Insitu, Istana Bandar?
74) PELAN KOMPREHENSIF BESERTA PERUNTUKAN MENCUKUPI SISTEM PENGALIRAN DAN SALIRAN DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Memandang kawasan Selat Klang lebih rendah daripada paras laut, apakah pelan komprehensif bagi mengurangkan risiko banjir kilat? Adakah ia mengambilkira maklum balas serta pengalaman penduduk setempat?
-
Berapakah kos yang terlibat?
-
Apakah faktor yang dikenal pasti yang memburukkan risiko untuk banjir berlaku di kawasan tersebut terutama di Jalan Yadi, Kampung Sg. Udang dan Kampung Delek
74) TUMPUAN SUKAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis sukan atau aktiviti kesukanan yang paling diminati belia/ beliawanis ketika ini?
-
Adakah kajian yang dibuat oleh kerajaan mengenai kecenderungan kesukanan belia dalam negeri? Apa hasilnya?
-
Jelaskan tindakan kerajaan menangani gejala sosial secara holistik, aktiviti positif seperti sukan?
74) PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kajian semula syarat lantikan kontraktor berdasarkan kelayakannya dengan keluasan Zon dan kepadatan penduduk?
-
Apakah kempen memberi kesedaran penduduk dalam pengurusan sampah Berjaya?
-
Adakah kajian dan siasatan penggunaan kompaktor secara maksima punca kepada masalah kerosakan infra?
74) PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan Standard Operation Procedure bagi menangani masalah pencemaran sungai, tanah runtuh dan banjir kilat di setiap PBT?
-
Adakah wujud keseragaman SOP di setiap PBT yang turut melibatkan agensi kerajaan Persekutuan?
-
Nyatakan peruntukan yang disediakan mengikut PBT dari 2008 2014?
74) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan sejauh manakah Enakmen ini telah dilaksanakan terhadap agensi berkenaan?
-
Berapa ramaikah pegawai yang telah dilatih dan ditugaskan untuk membolehkan orang awam memperoleh maklumat yang berkepentingan awam seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen?
-
Apakah program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan dan memberi informasi kepada orang awam bagi menggunakan Enakmen ini dengan sebaik mungkin?
74) KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Banyak keadaan jalan yang diturap mendapat komen yang negatif terhadap kerja-kerja yang tidak memuaskan seperti kualiti tar ÒcrushserunÓ yang digunakan mahupun ketebalan. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau kerja-kerja penurapan jalan supaya mengikut piawaian yang ditetapkan sebelum pembayaran dibuat?
74) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri berusaha mencari pemaju penyelamat untuk membantu memulihkan projek terbengkalai Kg Melayu Rasa selepas syarikat kontraktor tidak dapat 100% pemilik tanah bersetuju dengan pemulihan projek? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
74) PERUNTUKAN UNTUK MENGGALAKAN PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan program khusus beserta bajet Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelancongan pelbagai sektor di Pulau Ketam, Sg Lima, Bagan Hailam.
-
Apakah dalam perancangan projek pelancongan Kerajaan Negeri untuk kawasan di atas?
74) SMART SELANGOR PARKING APP
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status perundingan dengan Godell Sdn. Bhd. dengan MPSJ ke arah melaksanakan Smart Selangor Parking?
