74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program ini dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah usaha PKNS untuk meningkatkan program ini?
74) E-DAGANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Bagi perusahaan kecil dan sederhana terjejas akibat pandemik Covid-19, adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cara yang lain untuk membantu PKS selain daripada insentif yang diberikan, contohnya dalam transformasi digital bisnes?
-
Jika ya, apa cara dan program akan dilaksanakan?
74) SEKATAN PINJAMAN TERHADAP PELAJAR UNISEL DAN KUIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah yang mendorong pihak KPT menyekat pinjaman berkenaan?
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap sikap KPT?
-
Tidakkah wajar kerajaan Negeri menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada semua pelajar yang layak ke Unisel dan KUIS untuk menyaingi PTPTN yang tidak melalui sebarang temuduga untuk mendapatkan pinjaman pelajaran?
74) PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak kawasan taman kediaman di Daerah Sepang tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, apakah tindakan pihak PBT untuk mengatasi masalah ini?
-
Berapa banyak kawasan taman kediaman yang mempunyai perkhidmatan ini?
74) Masalah Peniaga Runcit Warga Asing
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan mempunyai data lengkap di setiap pbt mengenai peniaga warga asing yang memonopoli sektor perniagaan sesetengah kawasan?
-
Berapakah jumlah tangkapan,serbuan atau sitaan yang telah dibuat lebih lebih lagi semasa musim pandemik Covid 19 ini?
74) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?
-
Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?
74) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah semua Condition Precedent (CPs) dalam perjanjian utama penstrukturan semula air telah diselesaikan sekarang?
-
Apakah perkembangan terkini proses pengambilahan Puncak Niaga dan SYABAS? Bilakah Air Selangor akan ada kawalan penuh?
-
Apakah perkembangan dengan pengambilahan SPLASH?
74) PEWARTAAN SEBAGAI TANAH RIBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status penukaran kegunaan tanah tadika di sebelah Kuil Guan di Sunway di PJS 7 daripada tanah tadika kepada tanah RIBI di peringkat MPSJ, State Planning Committee dan Pejabat Tanah?
74) KEDUDUKAN MENARA TINJAU DI BUKIT AMPANG HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar lokasi menara tinjau itu mempunyai potensi tinggi untuk menarik pengunjung atau pelancong?
-
Jika ya, apakah rancangan kerajaan negeri terhadap menara tinjau ini yang sudah terbiar?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengelak tempat itu dari menjadi lokasi maksiat?
74) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapakah ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri di Selangor?
